Ahad, 28 Julai 2013

Cara Selamat Guna Wi-Fi

Kita sememangnya tidak dapat mengelak daripada terpaksa menggunakan Wi-Fi awam ketika berjauhan daripada rumah,atau untuk mengurangkan kos.
Semakin hari semakin banyak restoran atau tempat awam yang menyediakan Wi-Fi percuma.Tetapi anda harus ingat,bukan semuanya ada perlindungan privasi yang selamat.

1.MOD KONGSI

Tanpa kita sedari,kita mungkin mengaktifkan mod kongsi pada komputer atau gajet.Mod ini membolehkan orang lain yang menggunakan Wi-Fi tersebut menggodam komputer atau gajet anda.Bagi pengguna Windows,semuanya boleh dilakukan di Action Center.

2.GUNAKAN VPN

Apa itu VPN?VPN adalah singkatan kepada 'Virtual Private Network' yang bertindak seperti Intranet,memberikan anda privasi seperti jaringan peribadi biarpun anda sedang menikmati kebebasan menggunakan Wi-Fi awam.

3.CIRI AUTOMATIK

Anda mungkin secara tidak sedar terhubung komputer atau gajet anda ke mana-mana hotspot Wi-Fi yang tersedia.Ini adalah sangat berbahaya kerana pengguna yang berkemahiran berniat jahat boleh mengambil data-data peribadi anda.Cara penyelesaiannya,tutup Wi-Fi anda apabila tidak digunakan.Selalunya pengguna telefon pintar gagal menutup WiFi atau Bluetooth apabila tidak digunakan.

4.NAMA JARINGAN

Kadangkala apabila anda mahu menyambungkan komputer atau gajet anda ke Wi-Fi awam,terdapat pelbagai jenis nama rangkaian.Penggodam sengaja mencipta jaringan Wi-Fi palsu sekaligus meletakkan gajet anda dalam bahaya jika anda 'connect' padanya.
Sebagai contohnya,KFC tidak akan menggunakan nama 'Free KFC Wi-Fi'.Eloklah bertanya pemilik atau pekerjanya untuk kepastian.

5.KATA LALUAN

Gunakan kata laluan yang berbeza atau unik untuk setiap akaun.Ini dapat membantu apabila salah satu akaun anda ada gangguan.

6.FIREWALL

Ciri ini mengawal keluar masuk sambungan Internet untuk memastikan keselamatan komputer anda.Periksa status 'Firewall' di Control Panel.

7.IMBAS VIRUS

Imbas komputer anda dengan antivirus yang dikemaskini sekiranya ada gangguan pada sistem anda akibat terhubung ke suatu jaringan yang tidak selamat.
Harap tips ini dapat membantu anda mengamalkan cara yang lebih selamat apabila ingin menghubungkan komputer atau gajet ke WiFi awam.Jangan biarkan data peribadi anda terlepas ke tangan orang lain.
Ikuti saya di Google+ untuk perkembangan post terbaru daripada saya.Berikan reaksi atau komen jika anda suka artikel ini.Stay Secure..

You Might Also Like:



Rabu, 24 Julai 2013

Kelemahan Kata Laluan Telefon Pintar Anda

Semuanya kelihatan mudah dengan telefon pintar.Anda membuka aplikasi laman sosial dengan satu sentuhan,gambar-gambar anda juga sangat mudah diakses,begitu juga dengan dokumen-dokumen penting anda di ruang simpanan awan anda.Tidak terlepas juga emel,contact dan juga akaun dalam talian yang lain yang sedia diakses dengan satu sentuhan sahaja.

Pernahkah anda tertinggal telefon pintar anda di atas meja di kedai kopi misalnya ketika anda bergegas ke bilik air?Atau terlupa anda meletaknya di mana-mana?Fikirkan terhadap potensi risiko tersebut,jika telefon pintar anda jatuh ke tangan yang salah.Ambil 10 saat fikirkan tentangnya.Kemudian barulah anda teruskan membaca..

Menakutkan bukan?Semua emel,contact dan juga gambar-gambar peribadi anda berada dalam tangan orang yang tidak diketahui.Dengan akses yang sangat mudah dengan satu sentuhan,begitu lah juga jika ianya berada di tangan orang lain.Kelemahan kata laluan telefon pintar anda adalah sangat tinggi.

Tujuan cerita ini bukanlah untuk menakutkan anda,tetapi supaya anda mengambil tindakan.

Kemahuan untuk kekal log masuk melalui aplikasi di telefon pintar adalah kuat.Kadang-kadang kita gagal untuk log keluar daripada aplikasi yang ada di dalam telefon pintar terutamanya aplikasi laman sosial disebabkan kita mahu cepat atau tidak mahu bersusah payah untuk mengisi kata laluan untuk log masuk lebih-lebih lagi apabila anda ingin segera memuat naik gambar yang anda baru sahaja ambil ke laman sosial.Tetapi sesiapa yang menderita akibat maklumat peribadi mereka terdedah daripada peranti yang hilang atau dicuri pasti akan berharap mereka meluangkan sedikit masa mengukuhkan keselamatan peranti mereka.

Bayangkan jika telefon pintar atau tablet kesayangan anda hilang,jadi sesiapa sahaja yang memilikinya mungkin mempunyai akses ke semua akaun laman sosial anda,dan jika cukup pantas mereka boleh menukar kata laluannya menyebabkan amat susah untuk anda mengembalikan akaun laman sosial anda.

Mereka juga pasti mempunyai akses terhadap aplikasi emel di dalam telefon pintar dan mereka boleh mengesahkan penukaran kata laluan melalui emel yang mereka terima apabila menukar kata laluan akaun laman sosial anda.

Jika anda menerima emel pengesahan kata laluan baru di peranti yang lain jika ada,anda mungkin boleh mengambil tindakan sepatutnya tetapi mungkin mereka sudah pun melakukan kerosakan dan itu pun kalau anda mempunyai peranti lain.

Dengan semua maklumat peribadi di simpan di dalam telefon dan juga melalui emel,memang mempunyai kemungkinan yang benar bahawa identiti anda mungkin dicuri dan digunakan untuk pelbagai tujuan.Telefon pintar kini menjadi semakin pintar menyebabkan mereka menjadi peranti penyimpan segala apa yang sudah dilog masuk.

Sangat tidak praktikal apabila dilihat,tetapi sebenarnya satu-satunya cara untuk memastikan aplikasi anda tidak terdedah ialah dengan melog keluar daripada semua aplikasi yang anda telah selesai gunakan.

Seperti biasa,barisan pertama pertahanan adalah menggunakan kata laluan untuk melindungi peranti anda.Pastikan ianya dilancarkan selepas sedikit kenyahaktifan.

Walau apapun cara yang anda gunakan untuk melindungi peranti anda,memang banyak yang akan dikesalkan jika ianya jatuh di tangan orang yang salah,jadi gunakan lah seberapa banyak perlindungan yang mungkin.

Sumber: Norton

Ikuti saya di Google+ untuk menerima perkembangan terbaru post daripada saya.

That's all,Stay Secure..

You Might Also Like:





Selasa, 23 Julai 2013

Ciri Keselamatan Windows 8

Sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini menawarkan beberapa ciri keselamatan terbaru yang menjadikan sistem operasi ini lebih selamat berbanding sistem operasi terdahulu yang pernah dicipta oleh Microsoft.Antara ciri keselamatan terbaru daripada Microsoft ini ialah:

  • Windows Update Mengemaskini PC anda secara automatik
Windows Update akan mengemaskini komputer anda sebaik sahaja kemaskini terbaru muncul tetapi sudah tentulah ianya memerlukan talian Internet.Anda tidak perlu lagi bersusah payah memasang kemaskini terbaru jika Microsoft mengumumkan terdapat kemaskini terbaru atau disebabkan kelembaban Windows 7 mengemaskini PC anda walaupun anda telah hidupkan untuk menerima kemaskini terbaru secara automatik.

  • Perlindungan Antivirus kini dilengkapkan sekali
Dalam Windows 8,Windows Defender dilengkapkan sekali menggantikan Microsoft Security Essentials.Windows Defender di dalam Windows 8 berbeza dengan yang ada dalam Windows 7.Jika komputer anda tidak berfungsi dengan sepatutnya,ambil lah masa anda untuk mengesan virus dengan perisian keselamatan yang sudah terbina ini.

  • Elakkan Penipuan Dengan Penapis Phishing
Windows SmartScreen adalah ciri terbaru yang boleh melindungi anda daripada penipuan phishing dan juga perisian berniat jahat yang lain yang belum lagi dikesan perisian sekuriti anda.Ia akan memberi amaran kepada anda jika ia tidak dapat mengenalpasti sesuatu perisian atau aplikasi yang tidak diketahui.



Di sebalik kritikan yang diterima ke atas persekitaran baru yang ditawarkan oleh sistem operasi generasi kedua daripada Microsoft ini yang sering menimbulkan masalah,penawaran daripada segi keselamatan ini menjadikan sistem operasi ini lebih selamat berbanding sistem operasi sebelum ini.

Sharethis