Jumaat, 20 September 2013

Eksploitasi Pelayar Web:Apa Yang Perlu Kita Buat?

Kita boleh lihat pelayar web tidak kiralah Internet Explorer,Mozilla Firefox ataupun Chrome sentiasa dinaik taraf ke versi seterusnya kebiasaannya bagi menampal lubang-lubang yang membolehkan eksploitasi berniat jahat dilaksanakan atau lebih mudah dikenali sebagai 'security bugs'.

Walaubagaimanapun,adakah kita hanya mahu mengharapkan mereka iaitu pembangun pelayar web untuk menampal 'security bugs' tersebut sementara kita terus bebas melayari Internet dengan senang hati tanpa memikirkan risiko yang ada.

Apa yang kita boleh buat ketika eksploitasi sedang berlaku keatas pelayar web yang kita gunakan dan pembangun belum lagi mengeluarkan 'security patch' untuk menampal 'security bugs'?

Langkah ini boleh dikira wajib untuk anda laksanakan bagi mengelak anda daripada menjadi mangsa iaitu jangan gunakan akaun pentadbir atau 'administrator' untuk melakukan aktiviti harian anda melayari Internet.

Kedua ialah gunakan EMET yang boleh dimuat turun di laman Microsoft yang boleh mengurangkan risiko anda menjadi mangsa 'remote code execution' dan 'elevation of privileges'.Perisian ini berfungsi untuk sistem operasi Windows 7 dan bawah daripadanya.

Rasanya setakat ini sahaja..Diharapkan anda akan melaksanakan langkah ini bagi mengurangkan risiko anda menjadi mangsa..

That's all Stay Secure..

Ikuti saya di laman facebook TEKNO Crazee atau follow saya di Google+ supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.

Khamis, 12 September 2013

Perisian Crack Sudah Menjadi Satu Kebiasaan

Secara umumnya atau lebih difahami,perisian 'crack' adalah perisian yang didapati dalam versi penuh dengan memasukkan 'register key' tanpa bayaran.

Perisian ini 'di crack' melalui proses yang dinamakan 'software cracking' iaitu modifikasi perisian untuk membuang atau menyahaktifkan ciri-ciri yang difikirkan tidak perlu pada pandangan orang yang crack perisian tersebut selalunya berkait dengan kaedah perlindungan(copy protection,protection against the manipulation of software),trial/demo version,serial key,hardware key,date check,CD check ataupun 'software annoyances'.

Penghasilan dan penggunaan salinan perisian crack adalah haram dan terdapat undang-undang tentangnya.

Keburukan perisian crack di sebalik kelebihan yang diterima iaitu penggunaan versi penuh tanpa membelanjakan satu sen pun untuk mendapatkannya ialah kebanyakan perisian crack turut disertakan dengan virus dan tidak semestinya sentiasa berfungsi dengan baik setiap masa.

Perisian yang dimuat turun secara umumnya datang dengan dua benda:

  1. Keygen:Key Code Generator.Alternatifnya,ia disertakan dengan fail teks yang mempunyai 'key code' yang dianggap akan berfungsi."Key Code" di sini bermakna key code produk untuk pemasangan selalunya dijumpai di dalam manual pemasangan
  2. Crack:Secebis code yang disalin daripada code asal dalam direktori game,secara manual atau dengan 'installer'.Perisian secara umumnya bermakna perisian tersebut telah dimodifikasi menjadi 'registered'.
Bergantung kepada kompas moral anda,ini mungkin baik atau buruk.

Terdapat bahaya yang tersembunyi di sebalik perisian crack.Trojan,keylogger,virus kerap dihantar melalui perisian ini.

Jika anda tidak pasti,keylogger adalah perisian yang menghantar taipan key pada keyboard anda kepada orang ketiga iaitu orang jahat.Ini termasuklah username,password anda lebih-lebih lagi apabila anda menggunakan komputer anda untuk urusan bank,pembelian dalam talian.

Sumber:
  1. Wikipedia
  2. Yahoo! Answer
Ikuti saya di Google+ atau laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya..

That's all,Stay Secure..

You Might Like:

Sabtu, 7 September 2013

Tips Lagi Untuk Melindungi Akaun Facebook Anda..


Ini dia lagi tips untuk memastikan akaun facebook anda selamat..

1 Hentikan Enjin Carian Daripada 'Indexing' Profil Anda

Facebook mungkin sesuai untuk bersosial dengan keluarga dan rakan anda tapi anda pasti tidak mahu profil anda diketahui umum melalui enjin carian..haa..kalau anda nak tahu,peluang anda mendapat kerja mungkin terjejas jika syarikat yang mencari kerja tersebut dapat mengetahui peribadi anda yang sebenarnya..

Ini dia caranya..pergi ke privacy settings dengan klik pada ikon cog dibahagian atas kanan anda.

Kemudian,pergi ke privacy tools..untick checkbox pada search engine indexing.Selalunya ciri ini aktif secara default jadi amat berguna jika anda menyaktifkan fungsi ini.

Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee jika anda tidak mahu terlepas sebarang post terbaru daripada saya..

That's all,Stay Secure..

You Might Also Like:


Sharethis