Sabtu, 7 Mac 2015

Adakah dokumen Word benar-benar selamat?

Pilihan sedia ada yang disediakan di dalam Microsoft Word untuk meningkatkan keselamatan dokumen Word biasa digunakan oleh kebanyakan kita kerana ianya pilihan paling mudah.Dengan hanya menetapkan kata laluan yang 'simple', kita dengan yakin nya bergantung sepenuhnya pada pilihan tersebut.

Namun begitu,keterbukaan Internet melalui kepelbagaian perisian yang muncul membolehkan pilihan keselamatan sedia ada yang disediakan tersebut mudah dieksploit untuk kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

Adakah anda percaya dokumen-dokumen Word anda benar-benar selamat??? Kita mungkin berfikiran siapa lah sangat yang nak mengambil kesempatan untuk mengetahui isi dokumen anda yang telah disebarkan melalui pelbagai medium seperti email,laman sosial dan lain-lain..

Musuh ada di mana-mana,mereka datang dari tempat yang anda tidak sangka.Kita tidak akan berada di tempat kita sekarang selama-lamanya.Sekarang kita mungkin seorang pelajar di universiti tempatan atau seorang pekerja part-time di restoran tetapi kita semua pasti ingin bekerja di sebuah syarikat besar atau bekerja untuk sesuatu organisasi yang berkepentingan tertentu.Untuk menjadi seorang pekerja yang memegang prinsip keselamatan maklumat sebagai teras,kita perlu mulakan daripada sekarang.

Untuk memenuhi keperluan keselamatan maklumat tersebut,ini antara tips mudah memastikan dokumen Word anda selamat daripada pengintip maklumat:

  1. Jalankan Document Inspector
Selesai mengedit dokumen Word anda,klik menu Fail dan buka View Backstage.Kemudian 
klik Info dan Check for Issues.Pilihan ini membolehkannya membuang maklumat penting,
sulit dan peribadi yang tidak perlu dilihat orang luar.

    2.   Periksa Compatibility
       
 Pilihan ini membenarkan pemeriksaan kesesuaian versi yang akan dilihat oleh orang lain
 sebelum anda mengongsinya dengan orang lain.klik menu Fail dan buka View Backstage
 dan kemudian klik Info dan Check for Issues.Pemeriksaan akan dijalankan menghasilkan
 laporan terhadap ciri-ciri yang mungkin tidak ada untuk versi lalu yang digunakan oleh
 penerima.

    3.   Kunci dokumen anda dengan pilihan keselamatan Microsoft Word

Pergi pada Info juga dan klik Protect Document dan Encrypt with Password.Seperti mana keselamatan kata laluan di web,kata laluan dokumen perlu merangkumi sekurang-kurangnya 10 aksara atau characters gabungan huruf kecil,huruf besar,nombor dan simbol.Ini akan menyukarkan lagi proses untuk menguraikan kata laluan yang disulitkan.Jangan gunakan kata laluan yang mengandungi maklumat peribadi seperti nama,tarikh,nama tempat,organisasi atau apa-apa yang anda rasa mudah diingat dan agak.Gunakan Password Manager seperti Sticky Password dan Roboform
untuk menyimpan kata laluan supaya anda tidak perlu susah-susah nak ingat semua kata laluan.

    4.   'Convert' dokumen Word kepada 'Password-protected PDF'

 Ini bagi memastikan dokumen tidak mudah diubah oleh sesiapa pun bagi memastikan integriti
 data.

   5.    Simpan menjadi 'Password-protected ZIP file'


Adakah keselamatan dokumen sebahagian daripada proses penerbitan terakhir untuk dokumen Word anda?

References:
http://willkelly.org
http://forums.techguy.org

TEKNO CRAZEE || A place where we expose the political,economic and social issues
-Ini adalah artikel kelima tahun baru ini.Blog ini masih dalam proses pengubahsuain daripada blog sebelum ini.Terima kasih kerana membaca kerana blog ini hanya bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang apa yang berlaku di dunia sekarang..Kongsikan dengan keluarga,rakan-rakan anda jika anda percaya apa yang saya tulis..

Sharethis