Keyakinan pengguna mungkin semakin pudar dengan siri serangan ke atas penjual atau peruncit yang menyebabkan kecurian berpuluh juta akaun kad kredit,kad debit dan maklumat persendirian pengguna walaupun data yang dicuri tidak melibatkan nombor keselamatan sosial pengguna.Ini merupakan satu tamparan hebat ke atas sistem jual beli yang melibatkan kad kredit atau debit yang masih menggunakan jalur magnetiknya untuk menyimpan data pengguna.Sistem yang lebih moden sudah ada sedia untuk digunakan dan sudah pun dilaksanakan di Asia iaitu menggunakan cip komputer dan nombor PIN(Personal Identification Number)
Bank di Amerika Syarikat agak lambat untuk mengimplementasikan teknologi ini kerana kerugian akibat penipuan lebih rendah berbanding kos untuk membuat kad baru dan perkakasan dan perisian agak mahal untuk dinaiktarafkan.Peruncit dan penjual sudah sedia untuk bermigrasi ke arah kad yang mempunyai cip dan menggunakan PINs tetapi bank perlu mendahului mereka dahulu kerana tiada guna jika bank tidak memberikan komitmen mereka.
Serangan baru-baru ini dikatakan tidak mampu dihalang dengan kad yang canggih sekarang kerana ia adalah malware yang mencuri transaksi daripada RAM terminal POS yang pastinya mengandungi maklumat pelanggan dan PIN daripada kad berasaskan cip tetapi sekurang-kurangnya dengan kad berasaskan cip ini akan dapat mengehadkan kebolehan penyerang untuk sepenuhnya mengeksploitasi apa yang mereka curi.Mereka akan lebih sukar untuk membuat kad yang serupa selepas mereka mencuri data kad.
Kini Anda Tahu Apa Yang Perlu Dikemaskini!! Dengan Personal Software Inspector
Saya sendiri agak was-was dan takut untuk menggunakan kad kredit atau debit untuk melakukan jual beli dalam talian kerana ianya lebih berisiko tinggi berbanding menggunakan akaun bank.Saya hanya berani membuat transaksi di laman web yang benar-benar dipercayai sahaja walaupun sebenarnya ianya masih berisiko kerana penyerang tidak mengira mangsanya.
Rasanya setakat ini dulu perkongsian daripada saya,kekal selamat di alam siber..Stay Secure
Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya
Memaparkan catatan dengan label Online Shoping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Online Shoping. Papar semua catatan
Khamis, 16 Januari 2014
Sabtu, 22 Jun 2013
5 Tips Untuk Beli Belah Dalam Talian Selamat
Sumber:Norton
It's been a while right...Busy sikit dengan assignment dekat U ; )
Jadi,adakah anda pernah terfikir dan mencuba membeli belah secara dalam talian.Kita kini berada dalam dunia yang boleh dikatakan tanpa batasan,semuanya boleh dilakukan secara dalam talian,di dalam bilik tidur anda tanpa perlu membuka baju tidur anda.
Tetapi,kemudahan yang kita ada ini datang dengan risikonya yang tersendiri.Kita boleh terperangkap dengan penipuan dan kecurian data jika kita gagal mengambil langkah yang perlu untuk melindungi diri kita daripada risiko pembelian dalam talian ini.
Ini dia sedikit tips yang boleh membantu anda untuk sekurangnya-kurangnya mengambil langkah yang perlu:
1.Layari dengan selamat dengan HTTPS
Anda mungkin tahu 'S' adalah untuk secure.Tetapi anda mungkin tidak sepeka ketika anda melayari.Apa-apa yang anda taip seperti nama,alamat,nombor kad kredit adalah maklumat sensitif,jadi amat penting untuk anda tahu bahawa anda benar-benar berkomunikasi dengan laman web yang betul.Untuk lebih kepastian,anda boleh tekan pada ikon padlock pada alamat web untuk memastikan bahawa laman web tersebut benar-benar telah disulitkan atau encrypt.2.Kata laluan
Sejujurnya,kata laluan yang panjang sahaja tidak cukup untuk melindungi diri anda malah amat mudah untuk terjejas jika ianya mudah diteka sebagai contohnya 'mypassword1111'.Gunakan kata laluan yang dicipta secara rawak seperti 'z59K@h6J#'. Cipta kata laluan yang mereka tidak akan terfikir di minda mereka..3.Tahu ke mana tujuan anda
Terdapat banyak laman web di luar sana yang telah terjejas dan akan menggunakan maklumat anda untuk mengodam akaun anda.Jangan terperangkap ke arah mendedahkan maklumat sulit kepada parti yang salah.Norton Safe Web atau WOT,alatan yang memberikan rebiu,rating dan reputasi kepada laman web berasaskan komuniti secara percuma boleh membantu anda melindungi maklumat peribadi anda ketika anda membeli belah secara dalam talian.Ia membolehkan anda memeriksa URL laman web tersebut selamat atau tidak sebelum anda pergi ke laman web tersebut.4.Membeli belah dengan bijak melalui online form filling.
Kebanyakan password manager sudah menyediakan ciri ini.Amat mudah,secara automatik mengisi boring dalam talian untuk anda,tidak perlu mengisi banyak kali.5.Log Keluar apabila selesai
Nampak mudah bukan..semuanya bergantung kepada kepekaan kita.Kadang-kadang kita terlalu gembira dan lalai sehingga kita lupa untuk menekan log keluar daripada laman web tersebut.Jadi,ambil lah masa anda dan lindungi integriti kata laluan anda dan log keluar.Kekal selamat dan melindungi integriti kata laluan anda ketika membeli belah secara dalam talian boleh menjadi sesuatu yang mencabar tetapi hanya beberapa minit pelaburan dalam sekuriti boleh mencegah kesulitan yang anda akan hadapi selepas itu..
Berikan lah komen dan reaksi anda jika anda suka artikel ini,saya amat menghargainya.Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee untuk mengikuti perkembangan blog ini dan untuk lebih berita Tech..
Rasanya setakat ini dulu,Stay Secure...
Langgan:
Catatan (Atom)

