Memaparkan catatan dengan label Sekuriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekuriti. Papar semua catatan

Jumaat, 20 September 2013

Eksploitasi Pelayar Web:Apa Yang Perlu Kita Buat?

Kita boleh lihat pelayar web tidak kiralah Internet Explorer,Mozilla Firefox ataupun Chrome sentiasa dinaik taraf ke versi seterusnya kebiasaannya bagi menampal lubang-lubang yang membolehkan eksploitasi berniat jahat dilaksanakan atau lebih mudah dikenali sebagai 'security bugs'.

Walaubagaimanapun,adakah kita hanya mahu mengharapkan mereka iaitu pembangun pelayar web untuk menampal 'security bugs' tersebut sementara kita terus bebas melayari Internet dengan senang hati tanpa memikirkan risiko yang ada.

Apa yang kita boleh buat ketika eksploitasi sedang berlaku keatas pelayar web yang kita gunakan dan pembangun belum lagi mengeluarkan 'security patch' untuk menampal 'security bugs'?

Langkah ini boleh dikira wajib untuk anda laksanakan bagi mengelak anda daripada menjadi mangsa iaitu jangan gunakan akaun pentadbir atau 'administrator' untuk melakukan aktiviti harian anda melayari Internet.

Kedua ialah gunakan EMET yang boleh dimuat turun di laman Microsoft yang boleh mengurangkan risiko anda menjadi mangsa 'remote code execution' dan 'elevation of privileges'.Perisian ini berfungsi untuk sistem operasi Windows 7 dan bawah daripadanya.

Rasanya setakat ini sahaja..Diharapkan anda akan melaksanakan langkah ini bagi mengurangkan risiko anda menjadi mangsa..

That's all Stay Secure..

Ikuti saya di laman facebook TEKNO Crazee atau follow saya di Google+ supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.

Khamis, 12 September 2013

Perisian Crack Sudah Menjadi Satu Kebiasaan

Secara umumnya atau lebih difahami,perisian 'crack' adalah perisian yang didapati dalam versi penuh dengan memasukkan 'register key' tanpa bayaran.

Perisian ini 'di crack' melalui proses yang dinamakan 'software cracking' iaitu modifikasi perisian untuk membuang atau menyahaktifkan ciri-ciri yang difikirkan tidak perlu pada pandangan orang yang crack perisian tersebut selalunya berkait dengan kaedah perlindungan(copy protection,protection against the manipulation of software),trial/demo version,serial key,hardware key,date check,CD check ataupun 'software annoyances'.

Penghasilan dan penggunaan salinan perisian crack adalah haram dan terdapat undang-undang tentangnya.

Keburukan perisian crack di sebalik kelebihan yang diterima iaitu penggunaan versi penuh tanpa membelanjakan satu sen pun untuk mendapatkannya ialah kebanyakan perisian crack turut disertakan dengan virus dan tidak semestinya sentiasa berfungsi dengan baik setiap masa.

Perisian yang dimuat turun secara umumnya datang dengan dua benda:

  1. Keygen:Key Code Generator.Alternatifnya,ia disertakan dengan fail teks yang mempunyai 'key code' yang dianggap akan berfungsi."Key Code" di sini bermakna key code produk untuk pemasangan selalunya dijumpai di dalam manual pemasangan
  2. Crack:Secebis code yang disalin daripada code asal dalam direktori game,secara manual atau dengan 'installer'.Perisian secara umumnya bermakna perisian tersebut telah dimodifikasi menjadi 'registered'.
Bergantung kepada kompas moral anda,ini mungkin baik atau buruk.

Terdapat bahaya yang tersembunyi di sebalik perisian crack.Trojan,keylogger,virus kerap dihantar melalui perisian ini.

Jika anda tidak pasti,keylogger adalah perisian yang menghantar taipan key pada keyboard anda kepada orang ketiga iaitu orang jahat.Ini termasuklah username,password anda lebih-lebih lagi apabila anda menggunakan komputer anda untuk urusan bank,pembelian dalam talian.

Sumber:
  1. Wikipedia
  2. Yahoo! Answer
Ikuti saya di Google+ atau laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya..

That's all,Stay Secure..

You Might Like:

Jumaat, 30 Ogos 2013

Tips Untuk Memastikan Data Anda Kekal Sulit

Di dalam dunia moden ini,hampir semuanya terhubung lebih-lebih lagi dengan Internet,kebolehan untuk mengekalkan data peribadi seseorang itu kekal sulit kelihatan sukar dengan perkembangan baru dalam teknologi.
Dengan peranti atau perisian baru dicipta,akan ada yang akan mengetahui cara untuk membawa keluar maklumat tersebut daripadanya.Hakikatnya,berdasarkan kepada Federal Trade Commision,kecurian identity melalui elektronik adalah jenayah nombor satu yang akan menghantui kita di hari-hari akan dating.
Mengetahui situasi ini,disertakan beberapa tips bagi mengelak maklumat peribadi anda dicuri dan disalahgunakan.Tips di bawah memang amat mudah sekali dan sangat efektif,malangnya sesetengah orang menjadi agak malas apabila ianya tentang keselamatan computer,gagal mengambil pendekatan proaktif untuk mencegah masalah tersebut.
Di bawah adalah beberapa tips yang mudah untuk dilaksanakan:

1.Tukar kata laluan secara kerap

Salah satu pertahanan paling senang dan paling efektif adalah menukar kata laluan anda secara kerap.Kata laluan paling bagus adalah campuran huruf besar,huruf kecil,nombor dan symbol.Perlu diingatkan supaya tidak menggunakan kata laluan yang sama.Banyak orang mendapati akaun peribadi,emel dan akaun kewangan mereka digodam kerana mereka kata laluan yang sama untuk segalanya.

2.Tutup Akses Umum Terhadap Laman Sosial

Jika pengodam tidak dapat meneka kata laluan akaun,dia boleh mencari maklumat seseorang di laman sosial.Orang selalu menggunakan nama saudara,kawan atau kenalan mereka sebagai kata laluan.Dengan menutup akses umum terhadap akaun laman sosial dan data mereka,pengguna boleh mencegah pengodam daripada mendapat maklumat mereka.

3.Periksa Laporan Kredit Setiap Tahun


Laporan kredit adalah alatan yang berguna untuk peminjam dan juga pengodam.Laporan kredit adalah sangat berbahaya kerana ia dapat mengenalpasti setiap akaun yang dibuka dan ditutup yang berkait dengan nama peminjam dan nombor keselamatan social mereka dan amat berpotensi terdedah kepada pengodam.Dari sisi positifnya,laporan kredit secara tepat dapat mengawasi pembukaan akaun baru atau talian kredit.Jika sukar untuk memantau laporan kredit,anda boleh menggunakan perkhidmatan pemantauan untuk mudah menyelia laporan kredit dan melengkapkan semakan kredit secara kerap.Perkhidmatan ini termasuklah amaran mudah melalui emel atau teks apabila ada perubahan terhadap rekod kredit dan juga menghalang sebarang aktiviti baru.

4.Pastikan Perisian Antivirus dan Firewall Dikemaskini


Komputer peribadi hanya boleh dikatakan selamat seperti sistem yang secara aktif melindunginya.Program antivirus dan firewall memang melakukan kerja yang bagus bersama-sama dalam menghalang penceroboh.Walaubagaimanapun,mereka hanya bagus seperti definisi terbarunya.Jika program ini menjadi terlalu ketinggalan dari segi kemaskininya,pengodam akan dapat mencipta cara baru atau alatan yang dapat menceroboh ke dalam komputer.

5.Sentiasa Kemaskini Sistem Operasi Komputer


Program komputer yang asas juga dapat menyebabkan kelemahan dalam keselamatan data.Tidak kiralah ianya Java,Windows atau program Office seperti Microsoft Word,semua program yang tidak dikemaskini melambangkan kelemahan dalam keselamatan komputer.Dengan sentiasa mengemaskininya,masalah ini dapat diatasi apabila pembangun program tersebut melancarkan kemaskini terbaru untuk membantu menghapuskan sebarang kelemahan dari segi sekuriti.

Anda tidak mampu menghalang semua masalah,tetapi dengan mencipta pertahanan yang lebih kuat  dengan tips di atas mampu mengekalkan data anda sulit,anda menjadi sasaran yang lebih sukar untuk diserang.Pengodam juga malas,jadi mereka lebih suka mensasarkan sasaran yang mudah berbanding yang melibatkan kerja yang lebih.
Artikel ini telah diekstrak dan diterjemah daripada artikel asal..


Tentang Pengarang Timothy Wrightman adalah CEO/Presiden Effective Data di Schaumburg,IL.Dengan khidmat konsultan EDI,Effective Data menyediakan pelbagai servis EDI dan data integrasi.Berhubung dengan Effective Data di Facebook dan LinkedIn.

Note: The details tag is currently only supported in Chrome and in Safari 6.
Ikuti perkembangan post terbaru daripada saya dengan mengikuti saya di Google+ dan juga halaman facebook TEKNO Crazee..




Sabtu, 3 Ogos 2013

5 Tips Menggunakan Komputer Awam

Komputer awam di perpustakaan,kafe siber atau kedai kopi boleh menjadi lebih selamat jika anda mengikut beberapa peraturan mudah apabila menggunakannya.

1.Jangan Simpan Maklumat Log Masuk

Sentiasa log keluar daripada laman web yang anda gunakan apabila anda sudah selesai menggunakannya.Menutup pelayar web atau sekadar menulis alamat laman web lain tidak akan memberi jaminan kepada anda bahawa anda benar-benar sudah keluar daripada laman web itu kerana kebanyakan program terutamanya laman sosial,e-mel mempunyai ciri log masuk automatik yang menyimpan nama pengguna dan kata laluan.Pastikan anda menyahaktifkannya.

2.Jangan Tinggalkan Komputer Dengan Maklumat Sensitif Di Skrin

Jika anda terpaksa tinggalkan komputer sementara,pastikan anda log keluar daripada semua program yang anda sedang guna dan tutup tetingkap pelayar web yang memaparkan maklumat sensitif anda.

3.Padam Jejak Anda

Gunakan 'InPrivate Browsing' jika anda menggunakan Internet Explorer atau 'Incognito Mode' jika anda menggunakan Google Chrome supaya pelayaran web tidak meninggalkan sebarang jejak aktiviti web anda.

Padam fail Internet sementara'Temporary Internet Files' setelah selesai menggunakan komputer awam.

4.Berwaspada Dengan Pengintai Di Sebelah Anda

Apabila anda menggunakan komputer awam,berhati-hati dengan orang di sekeliling anda yang mungkin memerhatikan anda ketika anda menulis kata laluan sensitif anda.

5.Jangan Masukkan Maklumat Sensitif Di Komputer Awam

Anda perlu ingat pencuri tahap industri mungkin telah memasang perisian yang canggih ke dalam komputer awam yang boleh merekod apa yang anda taip terutamanya kata laluan dan e-mel.Maklumat tersebut akan dihantar kembali kepada pencuri tersebut.

Tidak kisah lah jika anda menggunakan 'InPrivate Browsing' sekalipun atau anda telah menghapuskan segala jejak anda setelah selesai menggunakan komputer awam kerana pencuri tersebut sudah pun dapat apa yang ia mahukan.

Jika anda mahu benar-benar selamat,elakkan daripada menaip nombor kad kredit atau apa-apa sahaja maklumat kewangan yang lain dan maklumat sensitif yang lain ke dalam mana-mana komputer awam.

Ikuti saya di Google+ atau laman facebook TEKNO Crazee untuk memastikan anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.That's all,Stay Secure..

You Might Also Like:


Ahad, 28 Julai 2013

Cara Selamat Guna Wi-Fi

Kita sememangnya tidak dapat mengelak daripada terpaksa menggunakan Wi-Fi awam ketika berjauhan daripada rumah,atau untuk mengurangkan kos.
Semakin hari semakin banyak restoran atau tempat awam yang menyediakan Wi-Fi percuma.Tetapi anda harus ingat,bukan semuanya ada perlindungan privasi yang selamat.

1.MOD KONGSI

Tanpa kita sedari,kita mungkin mengaktifkan mod kongsi pada komputer atau gajet.Mod ini membolehkan orang lain yang menggunakan Wi-Fi tersebut menggodam komputer atau gajet anda.Bagi pengguna Windows,semuanya boleh dilakukan di Action Center.

2.GUNAKAN VPN

Apa itu VPN?VPN adalah singkatan kepada 'Virtual Private Network' yang bertindak seperti Intranet,memberikan anda privasi seperti jaringan peribadi biarpun anda sedang menikmati kebebasan menggunakan Wi-Fi awam.

3.CIRI AUTOMATIK

Anda mungkin secara tidak sedar terhubung komputer atau gajet anda ke mana-mana hotspot Wi-Fi yang tersedia.Ini adalah sangat berbahaya kerana pengguna yang berkemahiran berniat jahat boleh mengambil data-data peribadi anda.Cara penyelesaiannya,tutup Wi-Fi anda apabila tidak digunakan.Selalunya pengguna telefon pintar gagal menutup WiFi atau Bluetooth apabila tidak digunakan.

4.NAMA JARINGAN

Kadangkala apabila anda mahu menyambungkan komputer atau gajet anda ke Wi-Fi awam,terdapat pelbagai jenis nama rangkaian.Penggodam sengaja mencipta jaringan Wi-Fi palsu sekaligus meletakkan gajet anda dalam bahaya jika anda 'connect' padanya.
Sebagai contohnya,KFC tidak akan menggunakan nama 'Free KFC Wi-Fi'.Eloklah bertanya pemilik atau pekerjanya untuk kepastian.

5.KATA LALUAN

Gunakan kata laluan yang berbeza atau unik untuk setiap akaun.Ini dapat membantu apabila salah satu akaun anda ada gangguan.

6.FIREWALL

Ciri ini mengawal keluar masuk sambungan Internet untuk memastikan keselamatan komputer anda.Periksa status 'Firewall' di Control Panel.

7.IMBAS VIRUS

Imbas komputer anda dengan antivirus yang dikemaskini sekiranya ada gangguan pada sistem anda akibat terhubung ke suatu jaringan yang tidak selamat.
Harap tips ini dapat membantu anda mengamalkan cara yang lebih selamat apabila ingin menghubungkan komputer atau gajet ke WiFi awam.Jangan biarkan data peribadi anda terlepas ke tangan orang lain.
Ikuti saya di Google+ untuk perkembangan post terbaru daripada saya.Berikan reaksi atau komen jika anda suka artikel ini.Stay Secure..

You Might Also Like:



Rabu, 24 Julai 2013

Kelemahan Kata Laluan Telefon Pintar Anda

Semuanya kelihatan mudah dengan telefon pintar.Anda membuka aplikasi laman sosial dengan satu sentuhan,gambar-gambar anda juga sangat mudah diakses,begitu juga dengan dokumen-dokumen penting anda di ruang simpanan awan anda.Tidak terlepas juga emel,contact dan juga akaun dalam talian yang lain yang sedia diakses dengan satu sentuhan sahaja.

Pernahkah anda tertinggal telefon pintar anda di atas meja di kedai kopi misalnya ketika anda bergegas ke bilik air?Atau terlupa anda meletaknya di mana-mana?Fikirkan terhadap potensi risiko tersebut,jika telefon pintar anda jatuh ke tangan yang salah.Ambil 10 saat fikirkan tentangnya.Kemudian barulah anda teruskan membaca..

Menakutkan bukan?Semua emel,contact dan juga gambar-gambar peribadi anda berada dalam tangan orang yang tidak diketahui.Dengan akses yang sangat mudah dengan satu sentuhan,begitu lah juga jika ianya berada di tangan orang lain.Kelemahan kata laluan telefon pintar anda adalah sangat tinggi.

Tujuan cerita ini bukanlah untuk menakutkan anda,tetapi supaya anda mengambil tindakan.

Kemahuan untuk kekal log masuk melalui aplikasi di telefon pintar adalah kuat.Kadang-kadang kita gagal untuk log keluar daripada aplikasi yang ada di dalam telefon pintar terutamanya aplikasi laman sosial disebabkan kita mahu cepat atau tidak mahu bersusah payah untuk mengisi kata laluan untuk log masuk lebih-lebih lagi apabila anda ingin segera memuat naik gambar yang anda baru sahaja ambil ke laman sosial.Tetapi sesiapa yang menderita akibat maklumat peribadi mereka terdedah daripada peranti yang hilang atau dicuri pasti akan berharap mereka meluangkan sedikit masa mengukuhkan keselamatan peranti mereka.

Bayangkan jika telefon pintar atau tablet kesayangan anda hilang,jadi sesiapa sahaja yang memilikinya mungkin mempunyai akses ke semua akaun laman sosial anda,dan jika cukup pantas mereka boleh menukar kata laluannya menyebabkan amat susah untuk anda mengembalikan akaun laman sosial anda.

Mereka juga pasti mempunyai akses terhadap aplikasi emel di dalam telefon pintar dan mereka boleh mengesahkan penukaran kata laluan melalui emel yang mereka terima apabila menukar kata laluan akaun laman sosial anda.

Jika anda menerima emel pengesahan kata laluan baru di peranti yang lain jika ada,anda mungkin boleh mengambil tindakan sepatutnya tetapi mungkin mereka sudah pun melakukan kerosakan dan itu pun kalau anda mempunyai peranti lain.

Dengan semua maklumat peribadi di simpan di dalam telefon dan juga melalui emel,memang mempunyai kemungkinan yang benar bahawa identiti anda mungkin dicuri dan digunakan untuk pelbagai tujuan.Telefon pintar kini menjadi semakin pintar menyebabkan mereka menjadi peranti penyimpan segala apa yang sudah dilog masuk.

Sangat tidak praktikal apabila dilihat,tetapi sebenarnya satu-satunya cara untuk memastikan aplikasi anda tidak terdedah ialah dengan melog keluar daripada semua aplikasi yang anda telah selesai gunakan.

Seperti biasa,barisan pertama pertahanan adalah menggunakan kata laluan untuk melindungi peranti anda.Pastikan ianya dilancarkan selepas sedikit kenyahaktifan.

Walau apapun cara yang anda gunakan untuk melindungi peranti anda,memang banyak yang akan dikesalkan jika ianya jatuh di tangan orang yang salah,jadi gunakan lah seberapa banyak perlindungan yang mungkin.

Sumber: Norton

Ikuti saya di Google+ untuk menerima perkembangan terbaru post daripada saya.

That's all,Stay Secure..

You Might Also Like:





Selasa, 23 Julai 2013

Ciri Keselamatan Windows 8

Sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini menawarkan beberapa ciri keselamatan terbaru yang menjadikan sistem operasi ini lebih selamat berbanding sistem operasi terdahulu yang pernah dicipta oleh Microsoft.Antara ciri keselamatan terbaru daripada Microsoft ini ialah:

  • Windows Update Mengemaskini PC anda secara automatik
Windows Update akan mengemaskini komputer anda sebaik sahaja kemaskini terbaru muncul tetapi sudah tentulah ianya memerlukan talian Internet.Anda tidak perlu lagi bersusah payah memasang kemaskini terbaru jika Microsoft mengumumkan terdapat kemaskini terbaru atau disebabkan kelembaban Windows 7 mengemaskini PC anda walaupun anda telah hidupkan untuk menerima kemaskini terbaru secara automatik.

  • Perlindungan Antivirus kini dilengkapkan sekali
Dalam Windows 8,Windows Defender dilengkapkan sekali menggantikan Microsoft Security Essentials.Windows Defender di dalam Windows 8 berbeza dengan yang ada dalam Windows 7.Jika komputer anda tidak berfungsi dengan sepatutnya,ambil lah masa anda untuk mengesan virus dengan perisian keselamatan yang sudah terbina ini.

  • Elakkan Penipuan Dengan Penapis Phishing
Windows SmartScreen adalah ciri terbaru yang boleh melindungi anda daripada penipuan phishing dan juga perisian berniat jahat yang lain yang belum lagi dikesan perisian sekuriti anda.Ia akan memberi amaran kepada anda jika ia tidak dapat mengenalpasti sesuatu perisian atau aplikasi yang tidak diketahui.



Di sebalik kritikan yang diterima ke atas persekitaran baru yang ditawarkan oleh sistem operasi generasi kedua daripada Microsoft ini yang sering menimbulkan masalah,penawaran daripada segi keselamatan ini menjadikan sistem operasi ini lebih selamat berbanding sistem operasi sebelum ini.

Sabtu, 20 April 2013

Pertahankan Komputer Anda Daripada Serangan

Happy Saturday..Jadi apa perancangan anda pada hari cuti ini setelah penat bekerja?

Hari ini saya rasa kita relaks sikit lah kan..jadi saya sudah sediakan satu topik dengan tips-tips menarik yang kadang-kadang anda sendiri tidak terfikir tentangnya..

Bagaimana hendak mempertahankan komputer daripada serangan?Bergantung 100% kepada perisian keselamatan bukan lah jalan yang terbaik kerana tiada yang sempurna jadi kadang-kadang perisian keselamatan daripada vendor yang hebat pun akan misdetected atau terlepas daripada mengesan ancaman yang berjaya masuk ke dalam komputer anda.

Jadi apa jalan yang terbaik untuk mempertahankan komputer anda?Ianya adalah amalan sekuriti komputer terbaik..gunakan komputer anda secara beretika.

Pertama sekali,anda perlu berhati-hati apabila memuat turun gambar,lagu dan games percuma.Jarang sekali mereka akan memberikan kepada anda secara percuma,pasti anda program di sebaliknya yang berniat jahat terhadap komputer anda..lebih-lebih lagi games kerana ia berformat .exe atau pun executable.

Jika anda mahukan lagu ataupun games,jadi dapatkannya secara sah,lagi pun lagu dan games percuma atau pun games crack yang disebarkan secara meluas di Internet tanpa kebenaran pemiliknya adalah kesalahan melanggar hakcipta digital..Ya,bukan anda yang menguploadnya di Internet tetapi anda memuat turun dan itu bermakna anda menyokong mereka dan anda seorang yang tidak beretika.

Gambar pula jarang yang berniat jahat kerana formatnya tidak sesuai untuk serangan tetapi anda boleh menggunakan Web of Trust yang menyediakan rating untuk menunjukkan gambar dari laman web mana yang selamat.Web of Trust(WOT) boleh didapati sebagai extension di Chrome Web Store..

Keduanya,elakkan daripada melawati laman web lucah atau porno kerana di situ penuh dengan malware tidak kiralah jika anda tidak memuat turun apa-apa pun kerana mereka akan memuat turunnya untuk anda tanpa anda sedari..ianya dinamakan drive-by-download yang akan memuat turun program berniat jahat atau malware ke kmputer tanpa anda sedari..Mereka sudah tahu bahawa laman web seperti ini akan mampu menarik ramai pengunjung jadi mereka menggunakan kesempatan ini untuk menyerang anda..

Jika anda menggunakan Chrome,anda boleh set kan supaya ia tidak membuka pop-up windows daripada laman web seperti ini di Settings-Show Advanced Settings-Content Settings.Jika pop-up windows itu terbuka juga,anda boleh menekan butang Ctrl - F4 serentak untuk menutup tab atau jika itu tidak berhasil juga anda boleh menekan Alt - F4 serentak untuk menutup terus pelayar web supaya tiada apa-apa ancaman berjaya masuk ke komputer anda dan selepas anda boleh buka semula pelayar web dan melayari Internet seperti biasa.

Tips seterusnya daripada saya tetapi bukan yang terakhir kerana kalau nak senaraikan semua memang tak habis la post saya ni kan ) ialah pastikan anda scan komputer anda dengan perisian keselamatan sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memastikan tiada program berniat jahat yang terlepas daripada real-time scanning perisian keselamatan anda berjaya untuk terlepas selama-lamanya dalam komputer anda..

Jadi setakat ini dulu rasanya..Jika anda ada sebarang komen,ulasan atau apa-apa yang nak ditambah,bolehlah tulis di ruang ulasan di bawah dan berikan reaksi anda jika anda suka artikel saya ini.

Ikuti saya di Google+ atau halaman facebook TEKNO Crazee untuk kekal update dengan post terbaru dari saya..Bye Bye,Stay Secure..

You Might Also Like:








Sabtu, 13 April 2013

Review-Hot Stories Of The Week!!

Jangan terlepas dengan apa yang saya sudah tulis untuk minggu ini..masa untuk Weekly Roundup!!

PRIVASI DAN KESELAMATAN DI TALIAN






TEKNOLOGI


TIP-SYSTEM MECHANIC


Anda lihat..tiada pautan berkaitan dengan kemaskini sekuriti Microsoft bukan? yang saya post baru-baru ini..Ianya berikutan pengumuman Microsoft bahawa semua pengguna Windows 7 perlu membuang semula kemaskini sekuriti yang dikeluarkan Microsoft dalam Patch Tuesday baru-baru ini disebabkan oleh sebahagian pengguna Windows 7 yang memasang kemaskini sekuriti tidak dapat restart komputer mereka atau program pihak ketiga di dalam komputer tidak dapat dibuka kerana konflik kemaskini sekuriti tersebut dengan program pihak ketiga atau third party..

Saya tidak sempat untuk post artikel berkaitan dengan berita ini tetapi anda boleh pergi sendiri ke artikel dari  Microsoft ini Microsoft Security Update Support jika anda mempunyai masalah selepas memasang kemaskini keselamatan tersebut dan anda hendak mengetahui bagaimana nak uninstall kemaskini sekuriti tersebut..

Rasanya setakat ini dulu..harap artikel ini dapat membantu korang semua )

Jika korang ada sebarang komen atau pertanyaan,boleh lah berikan ulasan korang di bawah..dan jika anda suka artikel ini,berikan lah reaksi korang di bawah,saya amat menghargainya..

Anda bolehlah mengikuti perkembangan post terbaru dari saya melalui RSS feed,Google+,atau halaman facebook TEKNO Crazee..pastikan TEKNO semua huruf besar okay )

Stay Secure..

Selasa, 9 April 2013

Jaga-Jaga Dunia Maya

Bertemu sekali lagi dalam post terbaru saya tentang bahayanya berada di dunia maya..Banyak yang kita boleh lakukan di dunia maya seperti bersosial di laman sosial popular facebook dan twitter,melihat video,bermain permainan dalam talian dan banyak lagi..perkara yang tidak difikirkan boleh dilakukan dalam dunia nyata,semuanya boleh dilakukan kerana semuanya berada di hujung jari..

Tetapi adakah kita sedar tentang bahayanya sesuatu milik kita yang berada di sana maksud saya internet..adakah kita mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga apa yang menjadi hak kita.
Jangan risau,yang lepas biarlah lepas tidak perlu difikirkan lagi..Sekarang ini anda perlu mulakan langkah anda bagi menjaga hak anda sebagai pengguna Internet.Di sini saya senaraikan beberapa cara untuk mengekalkan sekuriti secara efektif dan agresif:

1.Simpan Maklumat Peribadi

Jangan sesekali meletakkan maklumat peribadi seperti alamat rumah,nombor telefon dan lain2 maklumat sewenang-wenangnya.Jika anda rasa maklumat tersebut tidak perlu diisikan,jadi jangan isikan..

2.Biarkan Dunia Maya Kekal Di Sana

Gunakan tetapan privasi bagi memastikan hanya rakan-rakan anda dan keluarga sahaja yang dapat melihat gambar yang anda letakkan di laman sosial.

3.Keselamatan Kata Laluan

Ini perkara biasa yang sentiasa diingatkan.Kadang-kadang kita lebih suka menggunakan kata laluan yang mudah diingati iaitu pendek dan mempunyai maklumat peribadi kita di antaranya.Tetapi adakah kita sedar ianya lebih mendedahkan kita kepada ancaman siber.Tetapkan kata laluan dengan campuran huruf besar,huruf kecil,nombor,simbol..tidak menggunakan perkataan yang ada dalam kamus atau perkataan yang jelas..

4.Lindungi peranti mudah alih

Pastikan telefon pintar anda memiliki kata laluan terutama ketika anda pergi merantau.Muat turun aplikasi keselamatan untuk mengunci peranti jika ia hilang atau dicuri.

5.Hati-Hati Pada Pautan

Cara popular kini ialah penjenayah siber telah menggodam ke dalam akaun emel dan rangkaian sosial rakan anda dan menghantar emel atau post spam.Jadi berhati-hati apabila terdapat post di facebook oleh rakan anda berkaitan contohnya video sensasi,offer atau berita khabar angin yang ingin memerangkap anda supaya like atau comment.

6.Berwaspada Dengan Laman Web

Pastikan laman web yang anda kunjungi yang melibatkan maklumat peribadi anda mempunyai tanda mangga (lock) dan https pada bar alamat pelayar terutamanya facebook jika anda berada di hotspot wifi awam terutamanya.

Rasanya setakat ini dulu..harap artikel ini dapat membantu anda supaya kekal selamat berada di talian.
Over and Out,Stay Secure..

Jika anda suka artikel ini,berikanlah reaksi anda di bawah..

Kekal update dengan post terbaru blog Tekno Crazee dengan mengikuti halaman facebook TEKNO Crazee..pastikan TEKNO  itu semuanya huruf besar ; )

You Might Also Like:

Sharethis