Ahad, 28 Julai 2013

Cara Selamat Guna Wi-Fi

Kita sememangnya tidak dapat mengelak daripada terpaksa menggunakan Wi-Fi awam ketika berjauhan daripada rumah,atau untuk mengurangkan kos.
Semakin hari semakin banyak restoran atau tempat awam yang menyediakan Wi-Fi percuma.Tetapi anda harus ingat,bukan semuanya ada perlindungan privasi yang selamat.

1.MOD KONGSI

Tanpa kita sedari,kita mungkin mengaktifkan mod kongsi pada komputer atau gajet.Mod ini membolehkan orang lain yang menggunakan Wi-Fi tersebut menggodam komputer atau gajet anda.Bagi pengguna Windows,semuanya boleh dilakukan di Action Center.

2.GUNAKAN VPN

Apa itu VPN?VPN adalah singkatan kepada 'Virtual Private Network' yang bertindak seperti Intranet,memberikan anda privasi seperti jaringan peribadi biarpun anda sedang menikmati kebebasan menggunakan Wi-Fi awam.

3.CIRI AUTOMATIK

Anda mungkin secara tidak sedar terhubung komputer atau gajet anda ke mana-mana hotspot Wi-Fi yang tersedia.Ini adalah sangat berbahaya kerana pengguna yang berkemahiran berniat jahat boleh mengambil data-data peribadi anda.Cara penyelesaiannya,tutup Wi-Fi anda apabila tidak digunakan.Selalunya pengguna telefon pintar gagal menutup WiFi atau Bluetooth apabila tidak digunakan.

4.NAMA JARINGAN

Kadangkala apabila anda mahu menyambungkan komputer atau gajet anda ke Wi-Fi awam,terdapat pelbagai jenis nama rangkaian.Penggodam sengaja mencipta jaringan Wi-Fi palsu sekaligus meletakkan gajet anda dalam bahaya jika anda 'connect' padanya.
Sebagai contohnya,KFC tidak akan menggunakan nama 'Free KFC Wi-Fi'.Eloklah bertanya pemilik atau pekerjanya untuk kepastian.

5.KATA LALUAN

Gunakan kata laluan yang berbeza atau unik untuk setiap akaun.Ini dapat membantu apabila salah satu akaun anda ada gangguan.

6.FIREWALL

Ciri ini mengawal keluar masuk sambungan Internet untuk memastikan keselamatan komputer anda.Periksa status 'Firewall' di Control Panel.

7.IMBAS VIRUS

Imbas komputer anda dengan antivirus yang dikemaskini sekiranya ada gangguan pada sistem anda akibat terhubung ke suatu jaringan yang tidak selamat.
Harap tips ini dapat membantu anda mengamalkan cara yang lebih selamat apabila ingin menghubungkan komputer atau gajet ke WiFi awam.Jangan biarkan data peribadi anda terlepas ke tangan orang lain.
Ikuti saya di Google+ untuk perkembangan post terbaru daripada saya.Berikan reaksi atau komen jika anda suka artikel ini.Stay Secure..

You Might Also Like:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis