Sabtu, 3 Ogos 2013

5 Tips Menggunakan Komputer Awam

Komputer awam di perpustakaan,kafe siber atau kedai kopi boleh menjadi lebih selamat jika anda mengikut beberapa peraturan mudah apabila menggunakannya.

1.Jangan Simpan Maklumat Log Masuk

Sentiasa log keluar daripada laman web yang anda gunakan apabila anda sudah selesai menggunakannya.Menutup pelayar web atau sekadar menulis alamat laman web lain tidak akan memberi jaminan kepada anda bahawa anda benar-benar sudah keluar daripada laman web itu kerana kebanyakan program terutamanya laman sosial,e-mel mempunyai ciri log masuk automatik yang menyimpan nama pengguna dan kata laluan.Pastikan anda menyahaktifkannya.

2.Jangan Tinggalkan Komputer Dengan Maklumat Sensitif Di Skrin

Jika anda terpaksa tinggalkan komputer sementara,pastikan anda log keluar daripada semua program yang anda sedang guna dan tutup tetingkap pelayar web yang memaparkan maklumat sensitif anda.

3.Padam Jejak Anda

Gunakan 'InPrivate Browsing' jika anda menggunakan Internet Explorer atau 'Incognito Mode' jika anda menggunakan Google Chrome supaya pelayaran web tidak meninggalkan sebarang jejak aktiviti web anda.

Padam fail Internet sementara'Temporary Internet Files' setelah selesai menggunakan komputer awam.

4.Berwaspada Dengan Pengintai Di Sebelah Anda

Apabila anda menggunakan komputer awam,berhati-hati dengan orang di sekeliling anda yang mungkin memerhatikan anda ketika anda menulis kata laluan sensitif anda.

5.Jangan Masukkan Maklumat Sensitif Di Komputer Awam

Anda perlu ingat pencuri tahap industri mungkin telah memasang perisian yang canggih ke dalam komputer awam yang boleh merekod apa yang anda taip terutamanya kata laluan dan e-mel.Maklumat tersebut akan dihantar kembali kepada pencuri tersebut.

Tidak kisah lah jika anda menggunakan 'InPrivate Browsing' sekalipun atau anda telah menghapuskan segala jejak anda setelah selesai menggunakan komputer awam kerana pencuri tersebut sudah pun dapat apa yang ia mahukan.

Jika anda mahu benar-benar selamat,elakkan daripada menaip nombor kad kredit atau apa-apa sahaja maklumat kewangan yang lain dan maklumat sensitif yang lain ke dalam mana-mana komputer awam.

Ikuti saya di Google+ atau laman facebook TEKNO Crazee untuk memastikan anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.That's all,Stay Secure..

You Might Also Like:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis