Ahad, 4 Ogos 2013

Sailfish OS:Pesaing Baru Android dan iPhone

Alternatif Sebenar:Lain Daripada Lain


Ini lah sebenarnya visi syarikat Jolla dengan kerjasama Projek Mer dan disokong oleh Sailfish Alliance iaitu untuk mewujudkan sebuah persekitaran baru yang moden dan bergerak sendiri untuk sistem operasi mudah alih.Persekitaran ini membolehkan wujudnya lebih persaingan dan inovasi terbuka tanpa didominasi oleh pemain tunggal industri telefon pintar.Ini akan mewujudkan lebih banyak persaingan antara pembangun,penjual,pencipta perkakasan dan pembangun aplikasi.

Sailfish OS adalah terbuka,mesra dan dicipta oleh pasukan yang mempunyai rekod kredibiliti yang tinggi,kini bekerja dengan Jolla Ltd.

Sistem operasi ini adalah berasaskan kernel Linux dan Projek Mer.Tambahan lagi,antaramuka penggunanya hanya sebahagian atau keseluruhannya sumber tertutup dibangunkan oleh Jolla Ltd.Ini lah yang membezakan telefon pintar Jolla dengan telefon pintar yang lain kerana ianya dibangunkan untuk memberikan saingan terhadap Google Android dan Apple iOS.

Teknologi

Aplikasi yang dibangunkan dalam Sailfish OS menggunakan aplikasi Qt dan bahasa QML.Penggunaan bahasa aturcara ini membolehkan aplikasi yang dibangunkan boleh disentuh(touch enabled),penuh dengan animasi(animated) dan ringan.

Aplikasi Android masih boleh dijalankan melalui sumber pihak ketiga.Adaptasi ini adalah hasil penggunaan teknologi Qt5 dan Wayland.

Pembangunan aplikasi untuk Sailfish OS kini boleh dilakukan dengan memuat turun Sailfish Silica daripada laman web Sailfish OS.

Seni Bina

Sailfish OS adalah bukti warisan teknologi MeeGo.Teras sistem operasi ini adalah daripada Projek Mer.

Server Jolla bukan terletak di Amerika,jadi ianya tidak tertakluk pada PRISM dan undang-undang Amerika Syarikat seperti mana Google,Apple,Windows.Ini memberikannya kelebihan ke atas pesaingnya.

Projek MeeGo atau Mer ini adalah projek pembangunan sistem operasi mudah alih berasaskan Linux daripada syarikat telekomunikasi Nokia dan The Linux Foundation sebelum dibubarkan untuk membangunkan Tizen OS dan Jolla Ltd membangunkan Sailfish OS.

Perkakasan

Peranti yang telah menggunakan Sailfish OS:


Acer Iconia tab W500
O2 Joggler
Exopc
HP Mini 
PackardBell Buttefly Touch 
Nokia N950 and Nokia N9 - 
Google Nexus 7

Hands-On Demo Jolla Sailfish OS Smartphone        






OSAlt Open Source Review by +Nixie Pixel 


Hebat bukan sistem operasi terbaru daripada Jolla Ltd ini,saya pun teringin ingin mendapatkannya tetapi ianya belum berada di pasaran Malaysia dan ia juga baru akan dipasarkan pada hujung tahun ini.Diharapkan anda suka dengan post saya kali ini,ikuti saya di Google+ supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.; ) Berikan reaksi anda,komen atau kongsikannya dengan rakan-rakan anda yang lain,saya amat menghargainya.

You Might Also Like:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis