Memaparkan catatan dengan label Patch Tuesday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Patch Tuesday. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mei 2013

May Patch Tuesday Kritikal Untuk Pengguna Internet Explorer

Seperti biasa minggu kedua hari Selasa setiap bulan atau lebih dikenali dengan Patch Tuesday dan bagi pengguna di sebelah timur seperti Malaysia adalah pada hari rabu,Microsoft mengeluarkan kemaskininya untuk pengguna Windows.


Saya telah pun mengerahkan kemaskini tersebut pada hari semalam untuk komputer Windows 7 dan Windows 8 saya.Kemaskini tersebut merangkumi kemaskini untuk Microsoft Office,Publisher,Visio,.NET,Windows dan paling penting Internet Explorer..

Ianya sangat penting bagi pengguna Internet Explorer 8 dengan eksploit terhadap kecacatan tersebut membolehkan pelaksanaan kod dari jauh.Kemaskini tersebut juga merangkumi tampalan terhadap kecacatan IE10  yang dijumpai ketika pertandingan PWN2OWN dua bulan lalu.

Saya nasihatkan jika anda boleh menaiktaraf Internet Explorer anda, maka lakukannya..

Adobe juga sudah mengeluarkan kemaskini untuk Adobe Flash Player dan Adobe Reader/Acrobat..

Jika anda selalu melihat video di mana-mana sahaja web yang menggunakan plugin Flash ini atau anda selalu bermain games flash online,anda dinasihatkan supaya mengemaskininya.Sebagai lebih langkah keselamatan,anda bolehlah setkannya untuk Click-to-Play jika anda menggunakan Google Chrome di ruang Settings/Show Advanced Settings/Content Settings.

Seperti biasa,Flash Player terbaru boleh didapati di
http://get.adobe.com/flashplayer

Credit to:Sophos for picture and info

Jika anda suka artikel ini,berikan lah reaksi atau ulasan anda di bawah,saya amat menghargainya..

Jangan terlepas post terbaru daripada saya atau untuk lebih banyak berita tech dengan mengikuti saya di Google+ atau halaman facebook TEKNO Crazee.

Stay Secure..

You Might Also Like:






Sabtu, 13 April 2013

Review-Hot Stories Of The Week!!

Jangan terlepas dengan apa yang saya sudah tulis untuk minggu ini..masa untuk Weekly Roundup!!

PRIVASI DAN KESELAMATAN DI TALIAN






TEKNOLOGI


TIP-SYSTEM MECHANIC


Anda lihat..tiada pautan berkaitan dengan kemaskini sekuriti Microsoft bukan? yang saya post baru-baru ini..Ianya berikutan pengumuman Microsoft bahawa semua pengguna Windows 7 perlu membuang semula kemaskini sekuriti yang dikeluarkan Microsoft dalam Patch Tuesday baru-baru ini disebabkan oleh sebahagian pengguna Windows 7 yang memasang kemaskini sekuriti tidak dapat restart komputer mereka atau program pihak ketiga di dalam komputer tidak dapat dibuka kerana konflik kemaskini sekuriti tersebut dengan program pihak ketiga atau third party..

Saya tidak sempat untuk post artikel berkaitan dengan berita ini tetapi anda boleh pergi sendiri ke artikel dari  Microsoft ini Microsoft Security Update Support jika anda mempunyai masalah selepas memasang kemaskini keselamatan tersebut dan anda hendak mengetahui bagaimana nak uninstall kemaskini sekuriti tersebut..

Rasanya setakat ini dulu..harap artikel ini dapat membantu korang semua )

Jika korang ada sebarang komen atau pertanyaan,boleh lah berikan ulasan korang di bawah..dan jika anda suka artikel ini,berikan lah reaksi korang di bawah,saya amat menghargainya..

Anda bolehlah mengikuti perkembangan post terbaru dari saya melalui RSS feed,Google+,atau halaman facebook TEKNO Crazee..pastikan TEKNO semua huruf besar okay )

Stay Secure..

Rabu, 10 April 2013

Patch Me Now! Microsoft Patch Tuesday,Adobe Too..

Seperti mana notifikasi rutin atau pra-pengumuman Microsoft terhadap Patch Tuesday nya sebelum ini..Microsoft mengumumkan 9 kemaskini sekuriti pada hari semalam dan kalau kita di timur ini sudah tentulah pada hari ini la..

9 kemaskini sekuriti untuk 9 April 2013..haa,memang sesuai lah tu.

Berdasarkan buletin yang dikeluarkan oleh Microsoft..hanya dua daripadanya pada tahap kritikal,maknanya anda perlu kemaskininya serta merta dan segera untuk mengelakkan ancaman keselamatan manakala selebihnya iaitu tujuh pada tahap penting..

Dua kemaskini kritikal tersebut melibatkan Internet Explorer dan Windows dan memerlukan reboot.

Paling pentingnya,kemaskini Internet Explorer boleh di apply pada semua versi IE dan juga pada semua versi Windows yang disokong..kerana anda perlu ingat setahun daripada sekarang Microsoft akan tamatkan sokongan kemaskini terhadap versi Windows di bawah Windows 7 termasuklah Windows XP..jadi bagi sesiapa yang masih menggunakan Windows XP itu..tunggu apa lagi,masa untuk upgrade la.

Microsoft sudah banyak kali memanjangkan hayat Windows lama ini..tapi saya tidak rasa Microsoft akan memberi peluang lagi.

Berbalik kepada kemaskini Microsoft,tunggu apa lagi..kemaskini lah.Tidak lama pun,masa yang anda peruntukkan itu amat berbaloi untuk komputer anda.

Adobe juga sudah mengeluarkan kemaskini terbaru untuk Adobe Flash dan Adobe Shockwave nya..anda boleh pergi sendiri ke laman web adobe untuk memuat turunnya..bagi mereka yang tidak banyak menggunakan Shockwave untuk permainan dalam talian..saya cadangkan anda remove sahaja kerana bahaya..tetapi jika anda menggunakannya,jadi pastikan ianya pada versi terbaru.

Rasenya setakat ini dulu..Stay Secure

Jika anda suka artikel ini,?berikan lah reaksi anda di bawah..saya amat menghargainya.

Ikuti lah saya di Google+ dan kekal update dengan post terbaru blog Tekno Crazee dengan mengikuti halaman facebook TEKNO Crazee..pastikan TEKNO semuanya huruf besar )

Sharethis