Selasa, 2 April 2013

Program Berlebihan Membebankan Komputer Anda

Adakah anda rasa komputer anda lembab,mungkin ianya disebabkan program yang terlalu banyak yang telah dipasang..

Ini kerana lebih banyak program yang dipasang,lebih banyak kerja yang perlu dilakukan oleh komputer anda.Komputer yang hanya dilengkapi CPU biasa dan RAM yang kecil mungkin tidak dapat menampung program yang banyak tersebut.

Memasang banyak program yang melakukan fungsi yang sama secara tidak langsung akan menambah kepada bebanan.Sebagai contohnya jika anda sudah anda perisian CCleaner,perlu kah anda memasang perisian lain yang mempunyai fungsi yang sama sepertinya contohnya Slimcleaner..Jika anda mahu tukar,anda perlu lah membuang perisian pertama itu dahulu.

Adakah anda mahu melabur wang untuk menukar processor dan menambah RAM?Ya..mungkin anda perlu tetapi ianya adalah pilihan kedua.

Pilihan pertama yang anda perlu buat ialah membuat review perisian manakah yang anda tidak perlukan,perisian manakah yang mempunyai fungsi yang sama dan membuang perisian tidak diperlukan itu.

Untuk memastikan PC sihat dan bersih daripada perisian yang tidak diperlukan:
-Buang program yang anda tidak pernah guna
-Elakkan memasang terlalu banyak program dan buatlah pilihan yang baik terhadap program yang betul-betul anda perlukan dan selalu digunakan.

Jadilah yang pertama memberikan ulasan atau berikan reaksi anda..; )

Stay in touch with TEKNO Crazee facebook page..or follow me in Google+


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis