Sabtu, 20 April 2013

Pertahankan Komputer Anda Daripada Serangan

Happy Saturday..Jadi apa perancangan anda pada hari cuti ini setelah penat bekerja?

Hari ini saya rasa kita relaks sikit lah kan..jadi saya sudah sediakan satu topik dengan tips-tips menarik yang kadang-kadang anda sendiri tidak terfikir tentangnya..

Bagaimana hendak mempertahankan komputer daripada serangan?Bergantung 100% kepada perisian keselamatan bukan lah jalan yang terbaik kerana tiada yang sempurna jadi kadang-kadang perisian keselamatan daripada vendor yang hebat pun akan misdetected atau terlepas daripada mengesan ancaman yang berjaya masuk ke dalam komputer anda.

Jadi apa jalan yang terbaik untuk mempertahankan komputer anda?Ianya adalah amalan sekuriti komputer terbaik..gunakan komputer anda secara beretika.

Pertama sekali,anda perlu berhati-hati apabila memuat turun gambar,lagu dan games percuma.Jarang sekali mereka akan memberikan kepada anda secara percuma,pasti anda program di sebaliknya yang berniat jahat terhadap komputer anda..lebih-lebih lagi games kerana ia berformat .exe atau pun executable.

Jika anda mahukan lagu ataupun games,jadi dapatkannya secara sah,lagi pun lagu dan games percuma atau pun games crack yang disebarkan secara meluas di Internet tanpa kebenaran pemiliknya adalah kesalahan melanggar hakcipta digital..Ya,bukan anda yang menguploadnya di Internet tetapi anda memuat turun dan itu bermakna anda menyokong mereka dan anda seorang yang tidak beretika.

Gambar pula jarang yang berniat jahat kerana formatnya tidak sesuai untuk serangan tetapi anda boleh menggunakan Web of Trust yang menyediakan rating untuk menunjukkan gambar dari laman web mana yang selamat.Web of Trust(WOT) boleh didapati sebagai extension di Chrome Web Store..

Keduanya,elakkan daripada melawati laman web lucah atau porno kerana di situ penuh dengan malware tidak kiralah jika anda tidak memuat turun apa-apa pun kerana mereka akan memuat turunnya untuk anda tanpa anda sedari..ianya dinamakan drive-by-download yang akan memuat turun program berniat jahat atau malware ke kmputer tanpa anda sedari..Mereka sudah tahu bahawa laman web seperti ini akan mampu menarik ramai pengunjung jadi mereka menggunakan kesempatan ini untuk menyerang anda..

Jika anda menggunakan Chrome,anda boleh set kan supaya ia tidak membuka pop-up windows daripada laman web seperti ini di Settings-Show Advanced Settings-Content Settings.Jika pop-up windows itu terbuka juga,anda boleh menekan butang Ctrl - F4 serentak untuk menutup tab atau jika itu tidak berhasil juga anda boleh menekan Alt - F4 serentak untuk menutup terus pelayar web supaya tiada apa-apa ancaman berjaya masuk ke komputer anda dan selepas anda boleh buka semula pelayar web dan melayari Internet seperti biasa.

Tips seterusnya daripada saya tetapi bukan yang terakhir kerana kalau nak senaraikan semua memang tak habis la post saya ni kan ) ialah pastikan anda scan komputer anda dengan perisian keselamatan sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memastikan tiada program berniat jahat yang terlepas daripada real-time scanning perisian keselamatan anda berjaya untuk terlepas selama-lamanya dalam komputer anda..

Jadi setakat ini dulu rasanya..Jika anda ada sebarang komen,ulasan atau apa-apa yang nak ditambah,bolehlah tulis di ruang ulasan di bawah dan berikan reaksi anda jika anda suka artikel saya ini.

Ikuti saya di Google+ atau halaman facebook TEKNO Crazee untuk kekal update dengan post terbaru dari saya..Bye Bye,Stay Secure..

You Might Also Like:








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis