Jumaat, 5 April 2013

Malaysia Terdedah Ancaman

Hye semua,bertemu sekali lagi dalam post terbaru dalam Tekno Crazee..)

Adakah anda sedar kita di Malaysia sangat terdedah kepada ancaman dalam talian tetapi banyak mana daripada anda yang mengambil langkah sebagai perlindungan..

Setiap tahun pelbagai jenis ancaman dalam talian muncul yang bermula daripada negara besar dunia seperti di Amerika,Russia dan negara Eropah yang lain..Seiring dengan Malaysia yang berstatus sebagai negara membangun dan akan menuju untuk menjadi negara maju pada tahun 2020,Malaysia sememangnya amat terdedah kepada ancaman siber tetapi adakah anda sedar tentang ini..Penggunaan perisian sekuriti sahaja tidak cukup untuk melindungi diri anda kerana sesetengah orang sanggup tertipu dengan perisian keselamatan palsu kerana terlalu obses untuk mendapatkan versi pro..sedangkan perisian keselamatan versi percuma sudah cukup sebenarnya untuk pengguna biasa yang tidak terlibat dengan sebarang organisasi atau kerja dan ianya hanya perlu disertakan dengan amalan keselamatan yang baik..

Kajian daripada Microsoft mendapati 84% daripada rakyat Malaysia berisiko terdedah dengan ancaman dalam talian tetapi hanya 23% daripadanya mengambil langkah proaktif sebagai perlindungan.Pegawai Teknologi Kebangsaan Microsoft Malaysia,Dr Dzahar Mansor ketika mengulas kenyataan ini mengesa rakyat Malaysia untuk menyemai tabiat lebih baik ketika di talian termasuklah menggunakan perisian tulen pada peranti..

Jangan mengadaikan keselamatan komputer dan data anda dengan menggunakan perisian crack kerana ianya tidak mendapat kemaskini yang diperlukan,anda perlu ingat setiap hari beribu-ribu ancaman muncul,mungkin tidak sekarang tetapi ia pasti akan mengeksploitasi kelemahan perisian crack tersebut yang tidak dikemaskini..jangan jadi mangsa mereka..
Baiklah,itu sahaja buat masa ini..; )

Stay Secure..

Jadilah yang pertama memberikan ulasan anda di bawah..dan kekal update tentang post terbaru dari Tekno Crazee dengan halaman facebook TEKNO Crazee..

Follow me in Google+

You Might Also Like:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis