Selasa, 16 April 2013

Bagaimana Untuk Menghentikan Aplikasi Facebook Rakan Anda Daripada Mengakses Maklumat Peribadi Anda

Kebanyakan pengguna Internet sedar akan privasi mereka terhadap maklumat peribadi mereka disebarkan kepada dunia,tetapi adakah anda tahu kadang-kadang ianya adalah rakan anda yang secara tidak sedar menyebarkan maklumat peribadi anda?

Sebagai contohnya,Facebook..

Anda mungkin percaya anda sudah berhati-hati mengawal dengan siapa anda pilih untuk berkongsi gambar anda dan maklumat peribadi di dalam rangkaian sosial.Tetapi bagaimana pula dengan aplikasi di Facebook,anda perlu berhati-hati terhadap aplikasi facebook mana yang anda izinkan untuk bersambung dengan akaun anda,kerana ianya boleh mengumpul pelbagai tahap atau jenis maklumat peribadi anda..

Jika anda tidak berasa selesa dengan maklumat yang diperlukan sesetengah aplikasi facebook,jadi jangan install aplikasi tersebut.





Gambar di atas menunjukkan cara untuk mengehadkan maklumat yang boleh dibawa rakan anda apabila menggunakan aplikasi,permainan dan laman web..Ianya boleh didapati pada ruang privasi Facebook.Anda kena explore la sikit kan..

Saya sebagai contohnya hanya tick pada dua checkbox sahaja yang saya benarkan iaitu My apps activity dan Activities,interests,things I like..Pengalaman sosial mungkin akan berkurang bagi rakan saya tetapi ianya privasi saya,jadi terpulang lah pada saya..lagi pun saya bukan banyak guna aplikasi pun..jadi terpulanglah pada anda.




Begitu juga gambar di atas ini,anda boleh jumpa ianya pada options privasi facebook anda..

Rasanya setakat ini dulu,harap artikel ini dapat membantu anda mengekalkan privasi anda sambil bersosial dengan rakan anda..

Jika anda ada sebarang komen,bolehlah tulis di ruang ulasan di bawah dan jika anda suka artikel ini,bolehlah berikan reaksi anda,saya amat menghargainya..

Ikuti saya di Google+ untuk lebih banyak maklumat dan berita tentang dunia IT atau ikuti saya di laman Facebook TEKNO Crazee untuk perkembangan post terbaru daripada saya..pastikan TEKNO semuanya huruf besar,okay..

Stay Secure..

You Might Also Like:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis