Rabu, 10 April 2013

Patch Me Now! Microsoft Patch Tuesday,Adobe Too..

Seperti mana notifikasi rutin atau pra-pengumuman Microsoft terhadap Patch Tuesday nya sebelum ini..Microsoft mengumumkan 9 kemaskini sekuriti pada hari semalam dan kalau kita di timur ini sudah tentulah pada hari ini la..

9 kemaskini sekuriti untuk 9 April 2013..haa,memang sesuai lah tu.

Berdasarkan buletin yang dikeluarkan oleh Microsoft..hanya dua daripadanya pada tahap kritikal,maknanya anda perlu kemaskininya serta merta dan segera untuk mengelakkan ancaman keselamatan manakala selebihnya iaitu tujuh pada tahap penting..

Dua kemaskini kritikal tersebut melibatkan Internet Explorer dan Windows dan memerlukan reboot.

Paling pentingnya,kemaskini Internet Explorer boleh di apply pada semua versi IE dan juga pada semua versi Windows yang disokong..kerana anda perlu ingat setahun daripada sekarang Microsoft akan tamatkan sokongan kemaskini terhadap versi Windows di bawah Windows 7 termasuklah Windows XP..jadi bagi sesiapa yang masih menggunakan Windows XP itu..tunggu apa lagi,masa untuk upgrade la.

Microsoft sudah banyak kali memanjangkan hayat Windows lama ini..tapi saya tidak rasa Microsoft akan memberi peluang lagi.

Berbalik kepada kemaskini Microsoft,tunggu apa lagi..kemaskini lah.Tidak lama pun,masa yang anda peruntukkan itu amat berbaloi untuk komputer anda.

Adobe juga sudah mengeluarkan kemaskini terbaru untuk Adobe Flash dan Adobe Shockwave nya..anda boleh pergi sendiri ke laman web adobe untuk memuat turunnya..bagi mereka yang tidak banyak menggunakan Shockwave untuk permainan dalam talian..saya cadangkan anda remove sahaja kerana bahaya..tetapi jika anda menggunakannya,jadi pastikan ianya pada versi terbaru.

Rasenya setakat ini dulu..Stay Secure

Jika anda suka artikel ini,?berikan lah reaksi anda di bawah..saya amat menghargainya.

Ikuti lah saya di Google+ dan kekal update dengan post terbaru blog Tekno Crazee dengan mengikuti halaman facebook TEKNO Crazee..pastikan TEKNO semuanya huruf besar )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis