Sabtu, 7 Jun 2014

OpenSSL 'patched' sekali lagi adalah BERITA BAIK?

 pcmag.com,dashlane

Gambar di atas sudah cukup mengambarkan betapa pentingnya berita baik ini kepada pembangun-pembangun aplikasi dan peranti yang menggunakan OpenSSL dan begitu juga penggunanya terutamanya pengguna Android.

Untuk serangan ini berlaku,kelemahan pada versi klien dan versi server perlu hadir pada masa yang sama.
Hakikatnya,OpenSSL mempunyai pepijat(bugs),perisian mana yang tiada.Ia sudah pun 'dipatched'.

Lebih Pengawasan,Lebih Sekuriti
Komuniti hasil gabungan  beberapa syarikat besar termasuk Microsoft dan Google telah bangkit kepada cabaran untuk memastikan OpenSSL menjadi produk yang lebih baik dan isu-isu dijumpai dan dibaiki dengan segera.

Adakah anda perlu risau?
Untuk pengguna,tiada banyak yang perlu dirisau kerana untuk serangan berlaku,kelemahan perlu hadir kedua-dua belah komunikasi antara klien dan server.Pelayar web dekstop tidak menggunakan OpenSSL.Walaupun Chrome dan Android kedua-duanya menggunakan OpenSSL,keadaan yang perlu untuk serangan  berlaku agak sukar untuk dijumpai.

Pencegahan
OpenSSL kebanyakannya digunakan untuk utiliti command line dan akses programmatik,jadi pengguna perlu kemaskini perisian.Begitu juga untuk perisian lain yang menggunakan OpenSSL perlu juga dikemaskini dengan segera. 


Selasa, 3 Jun 2014

Panggilan untuk Idea-idea bagi Try Zero 4


Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari perbezaan antara persekitaran tanpa graviti dan persekitaran bergraviti melalui eksperimen yang akan dijalankan oleh angkasawan Jepun menggunakan idea anda sendiri..

Sebelum tu,baca dulu peraturan di bawah.. )



Klik di sini untuk terus ke borang penyertaan atas talian: http://tryzerog.angkasa.gov.my/




Hak Milik ANGKASA


Isnin, 3 Mac 2014

Bagaimana Untuk Install Ubuntu Dalam Komputer Anda?

Pernahkan anda mendengar sistem operasi Ubuntu?Ubuntu adalah sistem operasi sumber terbuka yang boleh dipasang bersama dengan sistem operasi Windows anda yang menyediakan persekitaran yang menarik dan teknikal bagi sesiapa yang mahukan lebih fleksibiliti dan juga kelainan.Nasihat saya,jika anda baru menggunakannya,jangan berhenti menggunakannya..jika tidak,anda pasti akan kembali kepada sistem operasi kesayangan anda semula,Windows.

Versi Ubuntu yang ingin saya kongsikan dengan anda hari ini adalah Ubuntu 12.04.4 LTS.LTS adalah singkatan kepada Long Term Support untuk sokongan yang berterusan.Anda boleh dapatkan fail ISO nya di sini Ubuntu Desktop 12.04.4 LTS atau bagi rakan-rakan saya di universiti ni,boleh dapatkannya secara terus daripada saya kalau "line Internet slow sangat nak download kan"..

Selepas anda sudah ada fail ISO nya,anda perlu sediakan satu pendrive sebesar sekurang-kurangnya 2 GB untuk kita formatnya untuk mengisi boot loadernya ke dalam pendrive kita.Bagaimana nak formatnya?Haa..bukan format cara biasa ya.Untuk memudahkan kita,sudah ada perisian di luar sana yang boleh membuatnya secara automatik untuk kita iaitu Universal Netbook Installer atau Unetbootin,anda boleh dapatkannya di sini Live USB Creator.Anda boleh menyuruh perisian ini untuk memuat turun distro yang disokong jika anda masih belum ada fail ISO nya,tetapi memandangkan kita sudah ada,jadi sediakan sahaja fail tersebut.

Pilih option yang bawah iaitu 'Diskimage' jika anda sudah ada fail ISO nya dan pilih jenis Drive iaitu USB Drive dan pilih huruf Drive anda berdasarkan huruf Drive anda yang sebenar dan tekan OK dan biarkan ia lakukan kerjanya hingga selesai..



Baiklah ini baru part mudahnya..

Selepas proses di atas selesai..restart atau reboot komputer anda dan tekan F12 bagi sesiapa yang menggunakan Windows 8 dan tukar kepada Legacy Boot Mode..Caranya saya pernah terangkan dalam post sebelum ini,Cara Menukar Mod Firmware anda daripada UEFI kepada Legacy BIOS.
Kenapa kita perlu tukar kepada Legacy BIOS kerana memudahkan kita kerana sesetengah sistem operasi Linux tidak menyokong UEFI.Tekan Enter,Ooops tunggu dulu..selepas anda tekan Enter..cepat-cepat tekan lagi F12 banyak kali dan kali ini tukarnya supaya boot daripada USB drive.Berhati-hati supaya tidak menekannya dengan lama,mungkin akan menyebabkan error..cuma tekan beberapa kali dan bukannya tekan lama.

Untuk pengguna Windows 7,ia agak mudah bagi anda kerana sistem operasi ini masih menggunakan BIOS kan jadi reboot sahaja dan tidak perlu menukar mod firmware tetapi tukar untuk boot daripada USB Drive,itu sahaja..Selepas itu ikut sahaja panduan ini Install Ubuntu 12.04.4 LTS from USB Drive. Bagi pengguna Windows 8,ia mungkin tidak dapat mengesan kehadiran sistem operasi Windows 8 seperti mana yang berlaku pada saya jadi anda perlu lah membuat partition untuk memasangnya.

Jadi ini lah bahagian sukarnya bagi sesiapa yang tidak biasa dengan partition..ini bukan seperti buat partition untuk Windows sekadar untuk mengasingkan fail ya..

Sebenarnya untuk memahaminya agak panjang jadi saya terangkan yang mudah sahaja,kalau anda nak memahami dengan lebih mendalam,pergi ke pautan ini HowtoPartition kerana disini lah saya dapat semua maklumatnya.

Jadi untuk memasang Linux,kita sebenarnya perlukan sekurang-kurangnya 3 partition iaitu untuk sistem operasi Ubuntu,Linux-swap area dan grub.Semua ini akan jadi primary partition kita.Lebih fleksibili apabila menggunakan logical partition dalam extended partition tetapi agak kompleks sikit nak diterangkan di sini,jadi saya terangkan yang mudah sahaja iaitu menggunakan primary partition.

Pastikan anda mempunyai partition kosong atau free space/unallocated untuk anda gunakan sebagai primary partition untuk Ubuntu.Primary partition pertama adalah untuk root iaitu simbol ini / diformatkan sebagai ext3 atau ext4,Linux journaled file system.Partition seterusnya adalah untuk linux swap area dan partition yang terakhir adalah untuk grub.Ingat semua partition ini dicipta daripada partition kosong tadi jadi pastikan anda membahagikan ruang memori yang betul untuk setiap partition.Sebagai contoh,jika anda mempunyai free space sebanyak 10 GB,mungkin anda boleh membahagikan memori sebanyak 8 GB untuk root,1.5 GB untuk linux swap area dan 0.5 GB untuk grub.

Pilih free space dan tekan button Add dan pilih  sepertimana di maklumat di atas


Gambar di bawah menunjukkan 3 partition yang sudah pun dicipta daripada unallocated space atau free space tadi iaitu bios_grub,ext4(direktori / atau root) dan linux-swap


Selepas selesai mencipta partition dan memasang ubuntu,anda boleh lah boot ke sistem operasi Ubuntu anda tanpa menggunakan pendrive tadi lagi.Jika anda ingin kembali ke sistem operasi Windows anda,tukar semula mod firmware anda ke UEFI dan macam biasa kalau anda ingin ke Ubuntu pula,tukar dulu kepada Legacy BIOS..


Perkara yang perlu dilakukan sebelum Partitioning
  • Backup fail untuk mengelakkan kehilangan atau kerosakan data dalam komputer jika anda membuat kesilapan ketika partitioning
  • Buang fail yang tidak diperlukan menggunakan CCleaner,SlimCleaner...
  • Defrag hard drive
Jika anda ada sebarang kemusykilan,boleh cari maklumat di sini juga AskUbuntu
Untuk sebarang pertanyaan atau tambahan maklumat,sila lah tinggalkan komen anda..

Selamat mencuba sistem operasi Ubuntu!!

Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya



Jumaat, 28 Februari 2014

Apa Yang Anda Boleh Buat Dengan Pelayar Web Selain Melayari Internet?

Duduk berhadapan dengan komputer bercahayakan lampu 'fluorescent' siling di sebuah bilik di atas kedai mamak kolej kediaman,puas ku memikirkan apa yang hendak dipost untuk post kali ini yang ditugaskan oleh pensyarah yang pastinya agak berbeza berbanding post-post sebelum ini..

Setelah puas berfikir,timbul idea di minda ku untuk berkongsi perkara asas yang ku ketahui berbanding daripada aku mencarinya di Internet.Walaubagaimanapun,serba sedikit maklumat daripada sumber Internet tetap ku gapai untuk memperkukuhkan maklumat yang ingin ku sampaikan kepada rakan-rakan ku di universiti ini mahupun rakan-rakan ku di luar sana..

Oleh Arerifx TheReds

Kod Sumber Laman Web

Aku guna korang la kan memandangkan ini ditujukan kepada rakan-rakan  berbanding menggunakan anda sebelum ini,korang pernah tak cuba lihat kod sumber laman web yang korang lihat setiap hari,korang boleh klik kanan dan 'View Page Source' atau tekan F12 pada keyboard korang untuk melihatnya..

Cookies

Bagaimana pula dengan cookies?Korang tahu tak apa yang cookies simpan..pasti ramai yang sudah tahu kan..Bagaimana korang nak tengok data yang cookies simpan dalam pelayar web korang?

Ini caranya..
  1.  Pergi ke menu atau settings Google Chrome 
  2. Skrol ke bawah sampai korang jumpa content settings
  3. Klik content settings
  4. Klik All cookies and  sites data
  5. Di sini korang boleh 'explore' jenis data yang cookies simpan

Lihat lagi tentang:

chrome://

Korang tahu tak yang tentang chrome:// ? Kebiasaanya yang sering ditaip di ruang alamat pelayar web adalah chrome://plugins untuk melihat extension atau plugins pelayar web dan juga untuk aktifkan dan menyahaktifkan plugins tersebut bagi tujuan keselamatan atau kelajuan pelayaran Internet..


Terdapat pelbagai lagi yang korang boleh lihat dan kaji iaitu chrome://settings chrome://version dan lain-lain tetapi berhati-hati apabila mencuba dengan sesetengah yang lain kerana konfigurasi yang salah akan menyebabkan masalah yang korang pasti tidak menginginkannya berlaku..

Rasanya setakat ini dulu,ini hanya perkara asas yang mudah di 'explore' oleh semua orang tetapi harap ia berguna untuk korang semua..

Terima kasih kerana melawat blog ini..

Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya


Sumber rujukan lain:
  1. https://support.google.com/chrome/answer/95647?hl=en
  2. http://google.about.com/od/chromeandbrowserreviews/ss/Chrome-cache-clear_5.htm













Isnin, 10 Februari 2014

SOS Banner

<a title="Save Our Seafood!" href="http://www.saveourseafood.my" ><img width="250" height="300" alt="Save Our Seafood!" src="http://saveourseafood.my/wp-content/uploads/2013/09/sos_banner_160x600_2.png" /></a>

Isnin, 3 Februari 2014

Cara Menukar Mod Firmware anda daripada UEFI kepada Legacy BIOS

UEFI? Legacy? Apa bendanya itu?

Hmm..bagi anda yang belum tahu apa itu UEFI dan Legacy ini,mari saya terangkan satu-satu serba sedikit tentangnya.

UEFI

UEFI adalah singkatan kepada Unified Extensible Firmware Interface iaitu sebuah antaramuka antara sistem operasi dan platform firmware ketika boot.Ia adalah model antaramuka baru yang kebanyakannya telah pun ada di komputer model baru di pasaran.Ia mampu duduk di atas proses boot BIOS Legacy dan melakukan tugas yang sama seperti mana BIOS Legacy,cuma lebih banyak menampilkan ciri-ciri baru.

BIOS

Apa itu BIOS?BIOS adalah singkatan kepada Basic Input Output System.Ia adalah program pertama yang dijalankan komputer sebaik sahaja dihidupkan.Tugasnya seperti biasa adalah menjalankan ujian untuk memeriksa semua komponen perkakasan,kemudian memuatkan program bootloader untuk menghidupkan sistem operasi kemudian dari situ,sistem operasi akan mengambil alih.Kelemahan BIOS adalah ia terdedah kepada mekanisme pertahanan malware iaitu rootkits berbanding UEFI yang mempunyai perlindungan terhadapnya.

Platform komputer baru kebanyakannya menyokong kedua-dua antaramuka UEFI dan Legacy BIOS ini.Tunggu,habis tu kenapa pula nak tukar mod daripada UEFI kepada Legacy BIOS.Sebabnya adalah BIOS menyokong kerangka x86 yang kebanyakkannya diimplementasikan di dalam komputer model lama.Jika kita ingin menjalankan sistem operasi lama yang tidak menyokong UEFI,jadi di sini lah perlunya kita menukar modnya daripada UEFI kepada Legacy BIOS.

Pengalaman

Daripada pengalaman saya ketika ingin menjalankan sistem operasi Linux Mint pada komputer saya,hampir dua bulan saya mencari jalan bagaimana untuk menjalankan sistem operasi berasaskan Unix ini pada komputer bersistem operasikan Windows 8 yang menggunakan UEFI.Bukan lah susah mana pun,kalau anda dah jumpa caranya..

Terdapat sistem operasi berasaskan Linux atau Unix ini menyokong UEFI tetapi lebih sesuai kalau ianya BIOS.
Sepertimana Linux Mint,kalau tidak silap saya..Linux Mint menyokong UEFI,cuma kita perlu menutup Secure Boot dan Hybrid Boot untuk menjalankannya.Saya kini cuba menggunakan sistem operasi Linux yang lain pula dan terus saja menukarkan antaramukanya kepada BIOS kerana lebih sesuai untuknya.

Lihat Lagi Tentang


Jadi,Begini Caranya..

Ketika anda boot komputer anda,tekan butang yang dikhaskan untuk pergi ke boot options seperti F2,F8,F12 bergantung kepada komputer anda.Selalunya ia akan nyatakan ketika boot.

Anda boleh lihat disitu bahawa boot mode telah disetkan ke UEFI dengan Secure Boot aktif.
Pergi ke Change Boot Mode Setting,antaramuka ini mungkin berbeza bergantung kepada komputer anda


Kemudian pilih option Legacy Boot Mode,Secure Boot Off dan tekan Enter.Jadi barulah anda dapat boot ke sistem operasi Linux dan memasangnya.Anda perlu ingat jika anda ingin switch ke sistem operasi asal anda semula yang menyokong UEFI,anda perlu melakukan langkah ini semula dan pilih UEFI Boot Mode,Secure Boot On.


Jadi diharapkan dengan maklumat ini dapat membantu anda dalam memahami firmware seperti UEFI dan BIOS ini dan bagaimana ingin menukar modnya.Sebarang pertanyaan atau pertambahan boleh tujukan di ruang komen atau email,terima kasih.

Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya

Khamis, 16 Januari 2014

Serangan Ke Atas Retailer Membawa Kepada Perlunya Kad Yang Lebih Tinggi Keselamatannya

Keyakinan pengguna mungkin semakin pudar dengan siri serangan ke atas penjual atau peruncit yang menyebabkan kecurian berpuluh juta akaun kad kredit,kad debit dan maklumat persendirian pengguna walaupun data yang dicuri tidak melibatkan nombor keselamatan sosial pengguna.Ini merupakan satu tamparan hebat ke atas sistem jual beli yang melibatkan kad kredit atau debit yang masih menggunakan jalur magnetiknya untuk menyimpan data pengguna.Sistem yang lebih moden sudah ada sedia untuk digunakan dan sudah pun dilaksanakan di Asia iaitu menggunakan cip komputer dan nombor PIN(Personal Identification Number)




Bank di Amerika Syarikat agak lambat untuk mengimplementasikan teknologi ini kerana kerugian akibat penipuan lebih rendah berbanding kos untuk membuat kad baru dan perkakasan dan perisian agak mahal untuk dinaiktarafkan.Peruncit dan penjual sudah sedia untuk bermigrasi ke arah kad yang mempunyai cip dan menggunakan PINs tetapi bank perlu mendahului mereka dahulu kerana tiada guna jika bank tidak memberikan komitmen mereka.




Serangan baru-baru ini dikatakan tidak mampu dihalang dengan kad yang canggih sekarang kerana ia adalah malware yang mencuri transaksi daripada RAM terminal POS yang pastinya mengandungi maklumat pelanggan dan PIN daripada kad berasaskan cip tetapi sekurang-kurangnya dengan kad berasaskan cip ini akan dapat mengehadkan kebolehan penyerang untuk sepenuhnya mengeksploitasi apa yang mereka curi.Mereka akan lebih sukar untuk membuat kad yang serupa selepas mereka mencuri data kad.


Kini Anda Tahu Apa Yang Perlu Dikemaskini!! Dengan Personal Software Inspector

 Saya sendiri agak was-was dan takut untuk menggunakan kad kredit atau debit untuk melakukan jual beli dalam talian kerana ianya lebih berisiko tinggi berbanding menggunakan akaun bank.Saya hanya berani membuat transaksi di laman web yang benar-benar dipercayai sahaja walaupun sebenarnya ianya masih berisiko kerana penyerang tidak mengira mangsanya.


Rasanya setakat ini dulu perkongsian daripada saya,kekal selamat di alam siber..Stay Secure

Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya

Ahad, 5 Januari 2014

Kini Anda Tahu Apa Yang Perlu Dikemaskini!! Dengan Personal Software Inspector

Apa yang perlu dirisaukan lagi apabila anda tidak perlu lagi memeriksa setiap satu perisian 'third-party' sama ada ianya sudah menerima kemaskiniterbaru ataupun tidak kerana anda hanya perlu membuka satu perisian untuk melihat keadaan perisian-perisian tersebut iaitu dengan Personal Software Inspector 2.0.Versi 3.0 sudah pun berada di Internet untuk dimuat turun dan sedia untuk mengawasi perisian 'third-party' di dalam komputer anda.Perisian 'third-party' di sini bermaksud perisian yang selain daripada produk daripada Microsoft jika anda menggunakan  Windows.

Apa yang agak menjengkelkan saya apabila menggunakan perisian ini ialah ia memerlukan 'internet connection' ketika membukanya.Saya tidak pasti dengan versi 3.0 sama ada ia masih begitu.Ya,untuk pengetahuan anda,perisian ini memang memerlukan talian internet untuk memeriksa versi perisian yang ada dalam komputer dengan perisian terbarudan juga untuk kemaskini tetapi jangan risau,ini yang bagus tentang perisian ini kerana ia melakukankannya dalam'background' tanpa memerlukan interaksi pengguna.


Seperti yang anda lihat di bawah,berdasarkan 'scan result' komputer saya menunjukkan terdapat lima aplikasi 'insecure' yang memerlukan perhatian saya.Di bahagian akhir sebelah kanan anda menunjukkan terdapat prompt untuk 'install solution'.Perisian ini akan menginstall kemaskini secara automatik tetapi dengan izin anda dahulu jika anda settingnya begitu di bahagian configuration jadi mungkin lima perisian 'insecure' tersebut memerlukan untuk memuat turun kemaskini daripada laman web perisian tersebut sebab itu lah perisian PSI ini tidak dapat memuat turunnya secara automatik.Jadi di sini saya mahu katakan bahawa anda masih perlu memantau keadaan perisian di dalam komputer anda di bahagian 'dashboard' sekurangnya seminggu sekali.

Secara defaultnya,settings configuration sudah ditetapkan kepada settings yang disarankan tanpa perlu anda mengubah apa-apa.Dashboard perisian ini memaparkan pelbagai maklumat berguna kepada anda seperti graf kemaskini program anda untuk bulan-bulan yang lalu.Perisian ini mengawasi program dalam komputer anda secara 'background' tetapi jika anda sendiri ingin scan komputer anda,sudah tentunya pilihan ini ada.
Sebagai langkah keselamatan,saya nasihatkan supaya anda sentiasa memeriksa perisian yang anda selalu guna sama ada benar-benar sudah dikemaskini ataupun belum kerana tiada apa yang selamat di dalam dunia siber sekarang.

Rasanya setakat ini dulu daripada perisian hebat kita ini.Stay Secure..

Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya

Sharethis