Memaparkan catatan dengan label smartphone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label smartphone. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2013

Final Smartphone OS Showdown

Telefon pintar daripada iOS Apple,iPhone masih lagi boleh diiktiraf sebagai telefon pintar No.1 di dunia dari segi inovasi teknologinya.Tapi bagi pengguna yang inginkan telefon pintar yang lebih terbuka,lebih bergaya dan lain daripada lain,pastinya telefon pintar sumber terbuka akan menjadi pilihan yang sangat ideal dan menarik.

Berbeza dengan pemain industri telefon pintar utama sekarang seperti Android dan iPhone,pesaing telefon pintar baru ini datang dengan ceritanya yang tersendiri di sebalik kemunculannya.Nak cerita semua,memang penuh la post kali ini.

Pasaran telefon pintar ini mungkin belum boleh didapati di Malaysia,tapi pasti ini bukan halangan untuk mendapatkannya jika hati sudah terpikat dengan kelainan yang ditawarkannya.

Telefon pintar pilihan saya ialah Ubuntu Touch dan Sailfish OS..Tak sabar ingin mendapatkannya menggantikan telefon pintar Android sedia ada ini.Jadi yang mana satu pilihan anda..Nixie Pixel Does Linux,teruskan kerja anda



You Might Also Like:

Isnin, 19 Ogos 2013

Telefon Pintar Baru Dengan Ciri Keselamatan Baru



Telefon pintar sekarang dilengkapi ciri keselamatan seperti corak,PIN dan kata laluan.Ciri keselamatan ini biasanya dilengkapi pada peranti Android dan juga peranti sistem operasi yang lain.Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku jika telefon pintar anda hilang atau lebih teruk,dicuri?Kita kini lebih terhubung dengan peranti kita berbanding orang di sekeliling kita.Adakah anda yakin ciri keselamatan sedia ada mampu melindungi maklumat peribadi dalam telefon pintar anda.Kebanyakan daripada kita menyimpan maklumat sensitif termasuk maklumat kewangan dalam telefon pintar kerana ianya lebih mudah diakses apabila diperlukan tetapi ini juga menyebabkan telefon pintar kita lebih terdedah kepada bahaya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Kerisauan ini timbul kerana ciri keselamatan yang ada masih mempunyai kelemahan.Seperti yang kita semua tahu,tiada apa yang 100% selamat.Bayangkan jika telefon pintar kita dicuri,dengan mudah kata laluan yang ditetapkan dalam peranti telefon pintar kita dipecahkan lebih-lebih lagi apabila menggunakan kata laluan yang lemah.Kecanggihan teknologi dan juga penggodam sekarang membolehkan mereka melepasi 'bypass' unlock screen dengan beberapa triks.

Diharapkan ciri keselamatan baru dapat memberikan pengukuhan terhadap keselamatan telefon pintar yang seolah-olah menjadi nyawa kepada kita,mudah dibawa ke mana-mana dan memudahkan kehidupan kita.

Antara ciri keselamatan baru tersebut ialah 'multi-factor authentication' yang melibatkan penggunaan peranti atau perkakasan kedua dalam mengesahkan identiti.Seterusnya ialah 'biometric' yang melibatkan interaksi pengguna.Penggunaan ciri keselamatan baru ini diberitakan akan diperkenalkan dalam peranti iOS Apple yang baru nanti.Buat masa ini,ciri keselamatan baru ini belum lagi diperkenalkan jadi penggunaanPINs adalah yang terbaik buat masa ini.

Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.Stay Secure..

You Might Also Like:

Ahad, 4 Ogos 2013

Sailfish OS:Pesaing Baru Android dan iPhone

Alternatif Sebenar:Lain Daripada Lain


Ini lah sebenarnya visi syarikat Jolla dengan kerjasama Projek Mer dan disokong oleh Sailfish Alliance iaitu untuk mewujudkan sebuah persekitaran baru yang moden dan bergerak sendiri untuk sistem operasi mudah alih.Persekitaran ini membolehkan wujudnya lebih persaingan dan inovasi terbuka tanpa didominasi oleh pemain tunggal industri telefon pintar.Ini akan mewujudkan lebih banyak persaingan antara pembangun,penjual,pencipta perkakasan dan pembangun aplikasi.

Sailfish OS adalah terbuka,mesra dan dicipta oleh pasukan yang mempunyai rekod kredibiliti yang tinggi,kini bekerja dengan Jolla Ltd.

Sistem operasi ini adalah berasaskan kernel Linux dan Projek Mer.Tambahan lagi,antaramuka penggunanya hanya sebahagian atau keseluruhannya sumber tertutup dibangunkan oleh Jolla Ltd.Ini lah yang membezakan telefon pintar Jolla dengan telefon pintar yang lain kerana ianya dibangunkan untuk memberikan saingan terhadap Google Android dan Apple iOS.

Teknologi

Aplikasi yang dibangunkan dalam Sailfish OS menggunakan aplikasi Qt dan bahasa QML.Penggunaan bahasa aturcara ini membolehkan aplikasi yang dibangunkan boleh disentuh(touch enabled),penuh dengan animasi(animated) dan ringan.

Aplikasi Android masih boleh dijalankan melalui sumber pihak ketiga.Adaptasi ini adalah hasil penggunaan teknologi Qt5 dan Wayland.

Pembangunan aplikasi untuk Sailfish OS kini boleh dilakukan dengan memuat turun Sailfish Silica daripada laman web Sailfish OS.

Seni Bina

Sailfish OS adalah bukti warisan teknologi MeeGo.Teras sistem operasi ini adalah daripada Projek Mer.

Server Jolla bukan terletak di Amerika,jadi ianya tidak tertakluk pada PRISM dan undang-undang Amerika Syarikat seperti mana Google,Apple,Windows.Ini memberikannya kelebihan ke atas pesaingnya.

Projek MeeGo atau Mer ini adalah projek pembangunan sistem operasi mudah alih berasaskan Linux daripada syarikat telekomunikasi Nokia dan The Linux Foundation sebelum dibubarkan untuk membangunkan Tizen OS dan Jolla Ltd membangunkan Sailfish OS.

Perkakasan

Peranti yang telah menggunakan Sailfish OS:


Acer Iconia tab W500
O2 Joggler
Exopc
HP Mini 
PackardBell Buttefly Touch 
Nokia N950 and Nokia N9 - 
Google Nexus 7

Hands-On Demo Jolla Sailfish OS Smartphone        






OSAlt Open Source Review by +Nixie Pixel 


Hebat bukan sistem operasi terbaru daripada Jolla Ltd ini,saya pun teringin ingin mendapatkannya tetapi ianya belum berada di pasaran Malaysia dan ia juga baru akan dipasarkan pada hujung tahun ini.Diharapkan anda suka dengan post saya kali ini,ikuti saya di Google+ supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.; ) Berikan reaksi anda,komen atau kongsikannya dengan rakan-rakan anda yang lain,saya amat menghargainya.

You Might Also Like:


Rabu, 24 Julai 2013

Kelemahan Kata Laluan Telefon Pintar Anda

Semuanya kelihatan mudah dengan telefon pintar.Anda membuka aplikasi laman sosial dengan satu sentuhan,gambar-gambar anda juga sangat mudah diakses,begitu juga dengan dokumen-dokumen penting anda di ruang simpanan awan anda.Tidak terlepas juga emel,contact dan juga akaun dalam talian yang lain yang sedia diakses dengan satu sentuhan sahaja.

Pernahkah anda tertinggal telefon pintar anda di atas meja di kedai kopi misalnya ketika anda bergegas ke bilik air?Atau terlupa anda meletaknya di mana-mana?Fikirkan terhadap potensi risiko tersebut,jika telefon pintar anda jatuh ke tangan yang salah.Ambil 10 saat fikirkan tentangnya.Kemudian barulah anda teruskan membaca..

Menakutkan bukan?Semua emel,contact dan juga gambar-gambar peribadi anda berada dalam tangan orang yang tidak diketahui.Dengan akses yang sangat mudah dengan satu sentuhan,begitu lah juga jika ianya berada di tangan orang lain.Kelemahan kata laluan telefon pintar anda adalah sangat tinggi.

Tujuan cerita ini bukanlah untuk menakutkan anda,tetapi supaya anda mengambil tindakan.

Kemahuan untuk kekal log masuk melalui aplikasi di telefon pintar adalah kuat.Kadang-kadang kita gagal untuk log keluar daripada aplikasi yang ada di dalam telefon pintar terutamanya aplikasi laman sosial disebabkan kita mahu cepat atau tidak mahu bersusah payah untuk mengisi kata laluan untuk log masuk lebih-lebih lagi apabila anda ingin segera memuat naik gambar yang anda baru sahaja ambil ke laman sosial.Tetapi sesiapa yang menderita akibat maklumat peribadi mereka terdedah daripada peranti yang hilang atau dicuri pasti akan berharap mereka meluangkan sedikit masa mengukuhkan keselamatan peranti mereka.

Bayangkan jika telefon pintar atau tablet kesayangan anda hilang,jadi sesiapa sahaja yang memilikinya mungkin mempunyai akses ke semua akaun laman sosial anda,dan jika cukup pantas mereka boleh menukar kata laluannya menyebabkan amat susah untuk anda mengembalikan akaun laman sosial anda.

Mereka juga pasti mempunyai akses terhadap aplikasi emel di dalam telefon pintar dan mereka boleh mengesahkan penukaran kata laluan melalui emel yang mereka terima apabila menukar kata laluan akaun laman sosial anda.

Jika anda menerima emel pengesahan kata laluan baru di peranti yang lain jika ada,anda mungkin boleh mengambil tindakan sepatutnya tetapi mungkin mereka sudah pun melakukan kerosakan dan itu pun kalau anda mempunyai peranti lain.

Dengan semua maklumat peribadi di simpan di dalam telefon dan juga melalui emel,memang mempunyai kemungkinan yang benar bahawa identiti anda mungkin dicuri dan digunakan untuk pelbagai tujuan.Telefon pintar kini menjadi semakin pintar menyebabkan mereka menjadi peranti penyimpan segala apa yang sudah dilog masuk.

Sangat tidak praktikal apabila dilihat,tetapi sebenarnya satu-satunya cara untuk memastikan aplikasi anda tidak terdedah ialah dengan melog keluar daripada semua aplikasi yang anda telah selesai gunakan.

Seperti biasa,barisan pertama pertahanan adalah menggunakan kata laluan untuk melindungi peranti anda.Pastikan ianya dilancarkan selepas sedikit kenyahaktifan.

Walau apapun cara yang anda gunakan untuk melindungi peranti anda,memang banyak yang akan dikesalkan jika ianya jatuh di tangan orang yang salah,jadi gunakan lah seberapa banyak perlindungan yang mungkin.

Sumber: Norton

Ikuti saya di Google+ untuk menerima perkembangan terbaru post daripada saya.

That's all,Stay Secure..

You Might Also Like:





Sharethis