Khamis, 16 Januari 2014

Serangan Ke Atas Retailer Membawa Kepada Perlunya Kad Yang Lebih Tinggi Keselamatannya

Keyakinan pengguna mungkin semakin pudar dengan siri serangan ke atas penjual atau peruncit yang menyebabkan kecurian berpuluh juta akaun kad kredit,kad debit dan maklumat persendirian pengguna walaupun data yang dicuri tidak melibatkan nombor keselamatan sosial pengguna.Ini merupakan satu tamparan hebat ke atas sistem jual beli yang melibatkan kad kredit atau debit yang masih menggunakan jalur magnetiknya untuk menyimpan data pengguna.Sistem yang lebih moden sudah ada sedia untuk digunakan dan sudah pun dilaksanakan di Asia iaitu menggunakan cip komputer dan nombor PIN(Personal Identification Number)




Bank di Amerika Syarikat agak lambat untuk mengimplementasikan teknologi ini kerana kerugian akibat penipuan lebih rendah berbanding kos untuk membuat kad baru dan perkakasan dan perisian agak mahal untuk dinaiktarafkan.Peruncit dan penjual sudah sedia untuk bermigrasi ke arah kad yang mempunyai cip dan menggunakan PINs tetapi bank perlu mendahului mereka dahulu kerana tiada guna jika bank tidak memberikan komitmen mereka.




Serangan baru-baru ini dikatakan tidak mampu dihalang dengan kad yang canggih sekarang kerana ia adalah malware yang mencuri transaksi daripada RAM terminal POS yang pastinya mengandungi maklumat pelanggan dan PIN daripada kad berasaskan cip tetapi sekurang-kurangnya dengan kad berasaskan cip ini akan dapat mengehadkan kebolehan penyerang untuk sepenuhnya mengeksploitasi apa yang mereka curi.Mereka akan lebih sukar untuk membuat kad yang serupa selepas mereka mencuri data kad.


Kini Anda Tahu Apa Yang Perlu Dikemaskini!! Dengan Personal Software Inspector

 Saya sendiri agak was-was dan takut untuk menggunakan kad kredit atau debit untuk melakukan jual beli dalam talian kerana ianya lebih berisiko tinggi berbanding menggunakan akaun bank.Saya hanya berani membuat transaksi di laman web yang benar-benar dipercayai sahaja walaupun sebenarnya ianya masih berisiko kerana penyerang tidak mengira mangsanya.


Rasanya setakat ini dulu perkongsian daripada saya,kekal selamat di alam siber..Stay Secure

Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis