Khamis, 4 April 2013

Norton Cybercrime Index


Sudahkah anda menggunakan servis Norton oleh Symantec ini?Servis ini amat membantu kepada anda yang sememangnya mengambil berat soal keselamatan berada di Internet..

Saya amat tertarik dengan servis real time dari Norton ini yang dilengkapi dengan Today's Cybercrime Alert,Today's Risk Level,Today's Spam Report,Today's Most Hijacked Search Terms,Today's Most Dangerous Websites dan How Identities Were Stolen Today..

Kesemua fungsi real time yang dijalankan setiap hari ini akan dapat membantu pengguna supaya lebih memahami bentuk jenayah-jenayah siber yang berlaku setiap hari,risiko ancaman,bentuk spam,manipulasi hasil carian enjin carian,laman web-laman web berbahaya dan bagaimana mereka mencuri maklumat peribadi anda?..

Seiring dengan hasil kajian real time tersebut..ia juga disertakan dengan tips-tips bagi membantu anda menghadapi dan mengurangkan risiko menjadi mangsa kepada jenayah siber yang kian meningkat setiap hari..

Sememangnya kewujudan servis dari Norton oleh Symantec ini menunjukkan bahawa Norton amat optimis dalam membantu pengguna memahami situasi sebenar ancaman di Internet supaya mereka sedar akan bahayanya berada di Internet sekaligus memotivasikan mereka supaya mengamalkan amalan keselamatan yang baik apabila berada di Internet..

Kadang-kadang kita hanya tahu menggunakan Internet tetapi kita perlu ingat tiada tempat yang selamat di Internet..Jadilah pengguna yang bertanggungjawab terhadap diri dengan memastikan kita selamat berada di Internet.Tiada yang sempurna kerana kita semestinya tidak mampu untuk mengelak daripada menjadi mangsa,cubalah anda tanya siapa yang komputernya tidak pernah dijangkiti virus,tiada siapa kan?Tapi kita sendiri bertanggungjawab dalam mengurangkan risiko menjadi mangsa dan tahu apa yang perlu dilakukan supaya keadaan tidak bertambah buruk ketika kita menjadi mangsa jenayah siber yang tidak kenal siapa mangsanya..Fikir-fikirkan lah

Servis ini boleh didapati dalam versi mudah alih juga yang mudah diakses melalui telefon pintar anda..

Sebagai menghargai usaha Norton oleh Symantec yang sentiasa berusaha memberikan penyelesaian sekuriti yang terbaik kepada pengguna-pengguna..Anda bolehlah mendapatkan pelbagai produk Norton yang lain di pasaran seperti Norton 360,Norton Utilities,Norton Safe Web dan banyak lagi..

Semoga Norton oleh Symantec akan terus menjadi antara peneraju utama kepada penyelesaian sekuriti berada di Internet..

Itu sahaja buat masa ini..Stay Secure ; )

Jadilah yang pertama memberikan komen atau ulasan ataupun lawatilah halaman facebook TEKNO Crazee untuk kekal update dengan post terbaru Tekno Crazee blog..

You Might Also Like:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis