Sabtu, 22 Jun 2013

5 Tips Untuk Beli Belah Dalam Talian Selamat

5 Tips For A Secure Online Shopping Trip
Sumber:Norton

It's been a while right...Busy sikit dengan assignment dekat U ; )

Jadi,adakah anda pernah terfikir dan mencuba membeli belah secara dalam talian.Kita kini berada dalam dunia yang boleh dikatakan tanpa batasan,semuanya boleh dilakukan secara dalam talian,di dalam bilik tidur anda tanpa perlu membuka baju tidur anda.

Tetapi,kemudahan yang kita ada ini datang dengan risikonya yang tersendiri.Kita boleh terperangkap dengan penipuan dan kecurian data jika kita gagal mengambil langkah yang perlu untuk melindungi diri kita daripada risiko pembelian dalam talian ini.

Ini dia sedikit tips yang boleh membantu anda untuk sekurangnya-kurangnya mengambil langkah yang perlu:

1.Layari dengan selamat dengan HTTPS

Anda mungkin tahu 'S' adalah untuk secure.Tetapi anda mungkin tidak sepeka ketika anda melayari.Apa-apa yang anda taip seperti nama,alamat,nombor kad kredit adalah maklumat sensitif,jadi amat penting untuk anda tahu bahawa anda benar-benar berkomunikasi dengan laman web yang betul.Untuk lebih kepastian,anda boleh tekan pada ikon padlock pada alamat web untuk memastikan bahawa laman web tersebut benar-benar telah disulitkan atau encrypt.

2.Kata laluan

Sejujurnya,kata laluan yang panjang sahaja tidak cukup untuk melindungi diri anda malah amat mudah untuk terjejas jika ianya mudah diteka sebagai contohnya 'mypassword1111'.Gunakan kata laluan yang dicipta secara rawak seperti 'z59K@h6J#'. Cipta kata laluan yang mereka tidak akan terfikir di minda mereka..

3.Tahu ke mana tujuan anda

Terdapat banyak laman web di luar sana yang telah terjejas dan akan menggunakan maklumat anda untuk mengodam akaun anda.Jangan terperangkap ke arah mendedahkan maklumat sulit kepada parti yang salah.Norton Safe Web atau WOT,alatan yang memberikan rebiu,rating dan reputasi kepada laman web berasaskan komuniti secara percuma boleh membantu anda melindungi maklumat peribadi anda ketika anda membeli belah secara dalam talian.Ia membolehkan anda memeriksa URL laman web tersebut selamat atau tidak sebelum anda pergi ke laman web tersebut.

4.Membeli belah dengan bijak melalui online form filling.

Kebanyakan password manager sudah menyediakan ciri ini.Amat mudah,secara automatik mengisi boring dalam talian untuk anda,tidak perlu mengisi banyak kali.

5.Log Keluar apabila selesai

Nampak mudah bukan..semuanya bergantung kepada kepekaan kita.Kadang-kadang kita terlalu gembira dan lalai sehingga kita lupa untuk menekan log keluar daripada laman web tersebut.Jadi,ambil lah masa anda dan lindungi integriti kata laluan anda dan log keluar.

Kekal selamat dan melindungi integriti kata laluan anda ketika membeli belah secara dalam talian boleh menjadi sesuatu yang mencabar tetapi hanya beberapa minit pelaburan dalam sekuriti boleh mencegah kesulitan yang anda akan hadapi selepas itu..

Berikan lah komen dan reaksi anda jika anda suka artikel ini,saya amat menghargainya.Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee untuk mengikuti perkembangan blog ini dan untuk lebih berita Tech..

Rasanya setakat ini dulu,Stay Secure...

 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis