Ahad, 24 Mac 2013

Adakah Laman Web Ini Selamat?

STOP THINK CONNECT


Hye semua..lama tak post artikel baru kan.Sibuk sikit dengan baru saja lepas ambil keputusan SPM,Alhamdullilah Allah makbulkan doa untuk kejayaan saya dan kawan-kawan saya yang lain..Bagi yang belum menempuh lagi Tingkatan 5 untuk ambil SPM,kowang mesti cemburu kan sebab kita orang dah habis sekolah..tetapi bagi saya dan sudah tentu sekali kawan-kawan saya juga sudah pasti sedih sebab tidak akan lalui lagi zaman sekolah macam dulu..semua akan menuju haluan seterusnya selepas ini.Jadi bagi yang belum menempuh TIngkatan 5,manfaatkan la setiap tahun anda di sekolah,bukan setiap tahun tetapi setiap hari anda di sekolah sebelum anda akhirnya perlu meninggalkan zaman sekolah anda supaya ianya akan menjadi kenangan indah yang anda tidak akan lupakan selamanya.

So,berbalik kepada topik kita hari ini..anda boleh lihatkan gambar di atas tu.Hari ini saya bawakan produk dari Norton Symantec iaitu Norton Safeweb.Adakah anda fikir laman web yang anda layari itu selamat..berhenti,fikir dan kemudian barulah pergi ke laman web tersebut.

Norton Safeweb ini fungsinya lebih kurang sama dengan WOT(Web of Trust) yang akan menganalisis laman web berdasarkan ancaman komputer,ancaman identiti dan juga faktor menjengkelkan.Ia juga disertakan dengan community review..anda sendiri boleh memberikan review anda sendiri untuk menyokong bahawa laman web tersebut selamat.

Ia juga akan disertakan dengan di mana lokasi laman web tersebut..

Cadangan saya apa kata anda bookmark saja laman web ini Norton Safeweb ke pelayar web anda supaya sebelum anda menekan link atau pergi ke laman web tersebut,anda boleh periksa dulu keselamatan laman web tersebut.

Jadi..; ) Stay Secure

Jadi lah yang pertama memberikan komen atau ulasan di bawah

Join me in Google+ or follow TEKNO Crazee facebook page for more tech news.

You Might Also Like:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis