Selasa, 19 Mac 2013

Phishing:You Eat The Bait,Then You Die

PHISHING

Apabila penipu menyamar sebagai sebuah syarikat atau business yang anda percayai supaya menyerahkan maklumat peribadi,ia dinamakan phishing.Anda pasti nak tahu bagaimana ia dinamakan phishing..Adakah perkataan ini ada kaitan dengan 'fishing'?Ya..memang betul.Seorang pemancing akan menggunakan umpan palsu untuk memancing(fishing)  mangsanya iaitu ikan supaya memakannya jadi ikan tersebut sudah tertipu bukan?Begitu juga anda jika anda terperangkap dengan taktik penipu ini,dalam kes ini ia dinamakan 'phishing' diambil dari perkataan 'fishing'.Phishing adalah salah satu jenis 'hacking'..dalam kes ini ia digunakan untuk mencuri maklumat peribadi anda untuk keuntungan dan juga menyebarkan penipuan menggunakan nama anda.



Fikir dahulu sebelum memberi maklumat peribadi anda..
  • Jangan beri maklumat peribadi anda melalui mesej email pop-up yang meminta maklumat peribadi anda atau maklumat kewangan anda.
  • Jangan klik pautan padanya juga
  • Anda perlu ingat bahawa semakin hari Internet semakin berbahaya..Penipu,penyerang dan penggodam akan melakukan apa sahaja cara supaya anda jatuh ke dalam perangkap mereka.
  • Walaupun mesej tersebut nampak seperti ianya datang dari organisasi yang anda percayai,jangan beri maklumat peribadi anda kerana organisasi yang sah tidak akan meminta maklumat peribadi anda menerusi saluran yang tidak selamat seperti email.
  • Penipu akan menggunakan nama organisasi yang sah untuk memerangkap anda
Jadi apa yang anda perlu buat jika menerima mesej phishing:
  • Delete sahaja email yang meminta maklumat peribadi anda seperti kata laluan,nombor kad kredit,akaun bank tidak kiralah jika ianya daripada organisasi yang sah sekalipun
  • Jangan tertipu dengan ancaman mereka untuk menutup akaun anda jika anda tidak respon kerana mereka tiada kuasa untuk berbuat begitu.
  • Jangan balas dan jangan klik pautan atau telefon nombor yang tertera di situ kerana ia akan membawa anda ke laman web berniat jahat untuk mencuri maklumat anda..Jika anda perlukan pengesahan,telefon sahaja nombor yang tertera di belakang kad kredit anda tersebut
Langkah Pencegahan:
  • Gunakan perisian keselamatan yang dipercayai yang boleh mengesan dan memeriksa email anda.Ini satu lagi yang anda mungkin tertipu,jangan percaya dan menggunakan perisian keselamatan yang kononnya perisian keselamatan pro yang anda terima melalui email.Perisian keselamatan tersebut adalah palsu dan mungkin tiada fungsi langsung malah lebih bahaya ia digunakan untuk mencuri maklumat di dalam komputer anda.
  • Sentiasa kemaskini perisian keselamatan anda kerana setiap hari beribu-ribu malware muncul..
  • Hanya beri maklumat peribadi anda menerusi laman yang mempunyai HTTPS..
  • Berhati-hati ketika membuka attachment atau memuat turun fail dari email tidak kiralah siapa yang memberinya sekalipun..Walaupun pemberinya tidak berniat jahat,fail tersebut mungkin mempunyai virus yang datang dari komputernya,jadi scan dahulu fail tersebut.
Laporkan jika Anda Menjadi Mangsa:
-Forward email phishing tersebut ke spam@uce.gov dan juga syarikat atau organisasi yang menjadi mangsa penyamaran penipu tersebut

ANDA PERLU INGAT AMALAN KESELAMATAN YANG BAIK SAHAJA MAMPU MENYELAMATKAN ANDA..Jangan terlalu bergantung pada perisian keselamatan anda untuk melakukan segala-galanya untuk anda sedangkan anda sendiri mendapatkan perisian keselamata palsu dari emel pemberi yang tidak diketahui,melawati laman web yang berniat jahat dan berbahaya,memuat turun aplikasi,fail yang tidak diketahui selamat dan banyak lagi.

Harap artikel ini boleh membantu anda supaya selamat daripada ancaman phishing..Terima Kasih,Stay Secure..; )

Jika ada sebarang ulasan atau apa-apa yang mahu ditambah,bolehlah pergi ke ruang ulasan di bawah atau berikan reaksi anda.

Join Me in Google+ or you can find more tech news at TEKNO Crazee facebook page

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis