Sabtu, 30 Mac 2013

AWAS! GAMER DALAM BAHAYA

Hye semua,kembali lagi dalam blog Tekno Crazee..Bagaimana dengan cuti anda?Tak lama lagi semuanya akan mula kembali bekerja seperti biasa.

Hari ini kita bercakap tentang pemain-pemain permainan dalam talian yang kini boleh didapati dengan mudah dan banyak sekali di Google Play Store,Chrome Web Store terutamanya.



Jadi,apa ancaman yang mengancam pemain-pemain dalam talian ini..Di mana sahaja ada talian internet,sudah tentu ancamannya juga ada.Penjenayah siber akan cuba mencuri alamat email dan kata laluan yang digunakan untuk permainan dalam talian tersebut dan juga mencuri avatar dan item permainan tersebut yang boleh dijual.

Anda tentu tertanya-tanya bagaimana cara serangannya?kerana anda tidak sedar tentangnya.Ianya mungkin berlaku melalui email berisi pautan dan sisipan berniat jahat yang kononnya datang daripada syarikat permainan yang sah tetapi tidak.Seterusnya ia juga boleh berlaku melalui serangan pelayar web yang ketinggalan dari segi kemaskini.Cara seterusnya ialah melalui malware atau program berniat jahat dan juga tapak web palsu yang mirip tapak web gergasi permainan untuk menuai kata laluan.

Anda sudah tahukan bagaimana ia menyerang..

Jangan Jadi Mangsa..
Jadi bagaimana anda mahu mengelak daripada menjadi mangsa penjenayah siber ini..Anda perlulah berhati-hati apabila menerima email yang kononnya daripada pentadbir pelayan games online yang meminta maklumat peribadi atau menawarkan sesuatu.Anda perlu ingat email bukan saluran yang selamat untuk memberikan maklumat peribadi anda dan mereka juga tahu itu,jadi jangan tertipu..

Keduanya,jangan terus klik pautan yang ada di dalam email tersebut terutamanya.Saya cadangkan anda menggunakan Dr.web linkchecker yang boleh mengesan sebarang benda yang berniat jahat di sebalik pautan tersebut..Saya juga sudah menggunakannya,jadi apa kata anda pula cubanya dan jangan lupa untuk like facebook page mereka.

Ketiganya,jangan memuat turun patches dari sumber yang palsu kerana di sebalik patches tersebut mungkin ada sesuatu yang berniat jahat seperti yang terjadi pada Battlefield Free4Play..

Akhir sekali anda cuma perlu ingat bahawa username dan kata laluan anda merupakan sesuatu yang berharga dan anda pasti tahu apa yang perlu dilakukan.Tak lupa juga anda perlu sentiasa mengemaskini pelayar web anda.

Rasanya itu sahaja setakat ini..harap artikel ini berguna pada anda terutamanya peminat tegar games dalam talian..

Jadilah yang pertama memberikan komen atau berikan reaksi anda..; )

Join me in Google+ or find out more tech news at TEKNO Crazee facebook page

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis