Rabu, 20 November 2013
ZoneAlarm Free Firewall Alternatif Terbaik Berbanding Windows Firewall
Selasa, 5 November 2013
EMET 4.0 : Mitigation Toolkit For Your Windows
Jumaat, 11 Oktober 2013
ScriptSafe:Extension Yang Mampu Mengawal Javascript Pelayar Web Anda
Selasa, 1 Oktober 2013
Extension Web Yang Berguna Untuk Sekuriti dan Privasi Anda
Jadi untuk post kali ini,buat pertama kalinya,kita akan bercakap tentang extension atau plugin sekuriti dan privasi.
+Adblock Plus ,dengar namanya saja sudah cukup untuk mengetahui fungsinya iaitu untuk menghalang iklan.Ianya dibangunkan menggunakan Javascript,CSS.Ia menghalang iklan berdasarkan senarai atau 'list' yang dilanggan.Easylist dan Fanboy list adalah antara 'list' yang popular.Selain itu,terdapat juga 'list' untuk menyekat daripada melawati laman web yang berbahaya dan 'anti-social tracking'.Anda akan dilanggan secara automatik kepada senarai Easylist,anda boleh menambah 'list' lain yang disediakan di ruang option extension tersebut.Jika anda ingin menambah 'list' lain yang tidak disediakan di situ,anda perlu pergi ke laman web Adblock Plus untuk melanggan 'list' lain.Tapi anda dinasihatkan supaya tidak melanggan terlalu banyak 'list' bagi mengelakkan masalah pada pelayar web disebabkan konflik.
Adblock Plus menghalang Javascript,Flash yang digunakan untuk menayang iklan.Untuk iklan teks pula,Adblock Plus menggunakan pendekatan menyorok iklan teks tersebut daripada menghalangnya untuk dimuat turun.
Adblock Plus boleh menghalang iklan Youtube dan di laman Facebook anda.Tetapi ianya tetap bergantung kepada anda.Jika anda inginkan pengalaman yang lebih sosial,anda boleh nyahaktifkan di laman facebook supaya anda boleh melihat stream iklan terbaru,cuma anda perlu berhati-hati kerana kebanyakan iklan berniat jahat dengan memerangkap anda supaya klik padanya.Begitu juga iklan di Youtube,jika anda selalu menggunakan Youtube,mungkin anda patut menyokongnya di atas kandungan percuma yang ditawarkan kepada anda dengan menyahaktifkan Adblock Plus pada laman Youtube.Semua ini bergantung kepada 'attitudes' anda sendiri.
Penghalangan iklan membolehkan page load lebih cepat berbanding biasa.
Anda boleh memilih untuk menyahaktifkan Adblock Plus pada laman web yang anda mahukan atau memilih untuk menapis sesetengah ruang sahaja dengan mengklik pada ikon Adblock Plus pada pelayar web anda.
Iklan kadang-kadang membawa risiko malware kerana penjahat menyelitkan kod berbahaya di sebalik iklan tersebut.Jadi kita perlulah berhati-hati dengan melihat jenis iklan sama ada baik atau buruk.
Tetapi sebagai pengguna Internet yang bertanggungjawab,kita juga perlulah menyokong laman web yang kita layari dengan melihat jenis iklan yang ditawarkan kerana mereka bergantung kepada iklan untuk mendapatkan keuntungan ke atas kandungan percuma yang ditawarkan kepada kita.
Jadi apa lagi,pasang lah extension Adblock Plus yang boleh didapati di Chrome Store,Mozilla Firefox,IE Gallery dan Opera.Dan ingat tanggungjawab anda sebagai pengguna Internet.
That's all Stay Secure..
Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.
Jumaat, 20 September 2013
Eksploitasi Pelayar Web:Apa Yang Perlu Kita Buat?
Kita boleh lihat pelayar web tidak kiralah Internet Explorer,Mozilla Firefox ataupun Chrome sentiasa dinaik taraf ke versi seterusnya kebiasaannya bagi menampal lubang-lubang yang membolehkan eksploitasi berniat jahat dilaksanakan atau lebih mudah dikenali sebagai 'security bugs'.
Walaubagaimanapun,adakah kita hanya mahu mengharapkan mereka iaitu pembangun pelayar web untuk menampal 'security bugs' tersebut sementara kita terus bebas melayari Internet dengan senang hati tanpa memikirkan risiko yang ada.
Apa yang kita boleh buat ketika eksploitasi sedang berlaku keatas pelayar web yang kita gunakan dan pembangun belum lagi mengeluarkan 'security patch' untuk menampal 'security bugs'?
Langkah ini boleh dikira wajib untuk anda laksanakan bagi mengelak anda daripada menjadi mangsa iaitu jangan gunakan akaun pentadbir atau 'administrator' untuk melakukan aktiviti harian anda melayari Internet.
Kedua ialah gunakan EMET yang boleh dimuat turun di laman Microsoft yang boleh mengurangkan risiko anda menjadi mangsa 'remote code execution' dan 'elevation of privileges'.Perisian ini berfungsi untuk sistem operasi Windows 7 dan bawah daripadanya.
Rasanya setakat ini sahaja..Diharapkan anda akan melaksanakan langkah ini bagi mengurangkan risiko anda menjadi mangsa..
That's all Stay Secure..
Ikuti saya di laman facebook TEKNO Crazee atau follow saya di Google+ supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.
Khamis, 12 September 2013
Perisian Crack Sudah Menjadi Satu Kebiasaan
Perisian ini 'di crack' melalui proses yang dinamakan 'software cracking' iaitu modifikasi perisian untuk membuang atau menyahaktifkan ciri-ciri yang difikirkan tidak perlu pada pandangan orang yang crack perisian tersebut selalunya berkait dengan kaedah perlindungan(copy protection,protection against the manipulation of software),trial/demo version,serial key,hardware key,date check,CD check ataupun 'software annoyances'.
Penghasilan dan penggunaan salinan perisian crack adalah haram dan terdapat undang-undang tentangnya.
Keburukan perisian crack di sebalik kelebihan yang diterima iaitu penggunaan versi penuh tanpa membelanjakan satu sen pun untuk mendapatkannya ialah kebanyakan perisian crack turut disertakan dengan virus dan tidak semestinya sentiasa berfungsi dengan baik setiap masa.
Perisian yang dimuat turun secara umumnya datang dengan dua benda:
- Keygen:Key Code Generator.Alternatifnya,ia disertakan dengan fail teks yang mempunyai 'key code' yang dianggap akan berfungsi."Key Code" di sini bermakna key code produk untuk pemasangan selalunya dijumpai di dalam manual pemasangan
- Crack:Secebis code yang disalin daripada code asal dalam direktori game,secara manual atau dengan 'installer'.Perisian secara umumnya bermakna perisian tersebut telah dimodifikasi menjadi 'registered'.
- Wikipedia
- Yahoo! Answer
Sabtu, 7 September 2013
Tips Lagi Untuk Melindungi Akaun Facebook Anda..
Ini dia lagi tips untuk memastikan akaun facebook anda selamat..
1 Hentikan Enjin Carian Daripada 'Indexing' Profil Anda
Facebook mungkin sesuai untuk bersosial dengan keluarga dan rakan anda tapi anda pasti tidak mahu profil anda diketahui umum melalui enjin carian..haa..kalau anda nak tahu,peluang anda mendapat kerja mungkin terjejas jika syarikat yang mencari kerja tersebut dapat mengetahui peribadi anda yang sebenarnya..
Ini dia caranya..pergi ke privacy settings dengan klik pada ikon cog dibahagian atas kanan anda.
Kemudian,pergi ke privacy tools..untick checkbox pada search engine indexing.Selalunya ciri ini aktif secara default jadi amat berguna jika anda menyaktifkan fungsi ini.
Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee jika anda tidak mahu terlepas sebarang post terbaru daripada saya..
That's all,Stay Secure..
You Might Also Like:
- Menghentikan Aplikasi Facebook Rakan Anda Daripada Mengakses Maklumat Peribadi Anda
- Facebook Tampal Kelemahan Yang Membolehkan Rampasan Akaun
- Gadis Bunuh Diri Selepas Ayahnya Post ini di Wallnya?










