Ahad, 4 Januari 2015

Percaya atau Tidak? Amerika Di Belakang Kemaraan ISIS

Kemaraan ISIS di Syria terutamanya tidak mungkin berjaya tanpa ada pihak yang membantu mereka..

Russia membidas Amerika kerana bertanggungjawab memberikan bantuan kewangan dan teknikal kepada ISIS di Syria dan di tempat lain sebelum ini..

Permainan Amerika dan negara Barat yang lain menjatuhkan kerajaan sedia ada demi kepentingan mereka membawa kesan yang buruk kepada negara-negara yang terlibat termasuklah Libya dan Syria..

Apa yang mereka buat bukan untuk membawa keamanan dan kestabilan seperti apa yang keluar daripada mulut mereka tetapi hanya membawa bahaya yang lebih besar kepada rantau tersebut..

Saya amat tidak bersetuju dengan kenyataan Kementerian Luar Russia,Sergei Lavrov mengatakan bahawa kumpulan-kumpulan militia yang muncul di Syria tiada bezanya dengan ISIS atau IS(Islamic State)..mereka semua adalah pengganas termasuklah Free Syrian Army(FSA)..

Kenyataan ini berikutan Russia menyokong pentadbiran Presiden Syria sekarang iaitu Presiden Basyar al-Assad.Russia merupakan sekutu kuat Presiden Basyar al-Assad dan Russia sememangnya menentang usaha Amerika dan sekutu mereka memberikan senjata kepada kumpulan-kumpulan anti-Assad seperti Free Syrian Army(FSA).

Balik kepada bidasan Russia kepada Amerika,General Russia juga menerangkan bahawa serangan udara oleh Washington dan sekutu mereka di Syria dan Iraq adalah tidak mencukupi dan tidak berkesan.Beliau juga menyuarakan keraguan tentang agenda sulit di belakang kenyataan terbaru daripada White House untuk turun berperang di darat menghancurkan ISIS..Setakat ini hanya serangan udara yang dilancarkan.

Apa sebenarnya yang Amerika dan sekutunya nak hasil daripada mereka memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan militia di rantau tersebut? Fikirkan..

Adakah anda percaya apa yang saya katakan?
Kongsikan dengan keluarga,rakan-rakan anda jika anda percaya apa yang saya tulis..


Sumber artikel asal oleh Kalyan Kumar GlobalResearch.ca

Berita Lain:
- Perdana Menteri Ukraine tidak mahu penyelesaian damai untuk Ukraine
- Filem "Ukraine: The CIA Coup" akan ke teater
- Kemalangan di Loji Nukleur Zaporozhye Ukraine


TEKNO CRAZEE || A place where we expose the political,economic and social issues
-Ini adalah artikel pertama tahun baru ini.Blog ini masih dalam proses pengubahsuain daripada blog sebelum ini.Terima kasih kerana membaca kerana blog ini hanya bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang apa yang berlaku di dunia sekarang..Kongsikan dengan keluarga,rakan-rakan anda jika anda percaya apa yang saya tulis..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis