Isnin, 12 Januari 2015

East vs West: Kerjasama ketenteraan dengan Russia dan China

Banyak kali sudah kita lihat di kaca TV sekarang pergeseran yang berlaku antara Amerika dan Russia dalam banyak perkara,yang jelas sekali adalah isu kejatuhan ekonomi dunia yang memberikan tekanan amat besar kepada negara komunis,Russia.

Sedar tidak sedar,perang saudara di Ukraine juga melibatkan penglibatan secara langsung dan tidak langsung antara dua kuasa besar dunia ini.Kemusnahan yang berlaku amat besar tidak seperti apa yang kita lihat di kaca televisyen,seumpama perang dunia kedua sedang berlaku..Kekuatan ketenteraan masing-masing dikerah,masing-masing menunjukkan aset mereka..namun saya yakin apa yang ditunjukkan hanya sedikit berbanding dengan kekuatan sebenar ketenteraan mereka.

Walaupun kekejaman mereka tidak setanding dengan apa yang berlaku di Syria ketika ini,nyata aset ketenteraan amat penting bagi menghadapi lawan yang lengkap dengan aset ketenteraan mereka sendiri.

Jadi saya menerima dan amat menggalakkan negara dunia ketiga seperti Malaysia menjalankan kerjasama ketenteraan dalam pelbagai aspek meliputi aset,latihan dan sebagainya..Kelebihan kita sebagai negara dunia ketiga adalah kita boleh bekerjasama dengan pelbagai negara termasuklah Amerika Syarikat..

Apa yang berlaku kepada negara Malaysia apabila Lahad Datu,Sabah diserang kumpulan pemberontak dari Filipina telah menyedarkan kita bahawa sedikit kelalaian mampu membuka ruang kepada musuh-musuh di luar sana yang menunggu masa kita masuk ke jeratnya.

Permainan kuasa-kuasa besar dunia menjadikan Malaysia sebagai mangsa mereka perlu diberi perhatian yang amat serius oleh kerajaan Malaysia..sebab itu hubungan dengan kuasa-kuasa besar dunia amat perlu bagi menjamin keselamatan negara kita dan kesediaan maklumat.

Baru-baru ini,Angkatan Tentera Malaysia dan China People Liberation Army telah memulakan latihan ketenteraan dua hala sempena 40 tahun hubungan diplomatik antara dua negara ini.Latihan ini akan menjadi permulaan bagi banyak latihan-latihan yang akan menjadi kemuncak
kepada latihan taktikal lapangan tahun 2015 ini.Malaysia perlu memperbanyakkan lagi latihan ketenteraan mereka dengan China bagi menghadapi negara kuasa besar Amerika.

Namun,kita tidak boleh menafikan atau mengabaikan kerjasama ketenteraan dengan negara sahabat di rantau Asia Tenggara kerana mereka adalah penolong kita jika perang besar berlaku kerana negara-negara kuasa besar dunia sentiasa memberikan perhatian di rantau ini sedar tidak sedar..

Selepas insiden serangan penceroboh ke atas Lahad Datu, Sabah, negara kita berkali-kali membuat membuat “Power Projection” melalui latihan-latihan ketenteraan sama ada yang dibuat secara bersendirian atau dengan negara sahabat.

Pada 20 Sept lepas, untuk pertama kalinya dalam sejarah ketenteraan di Asia Tenggara dan negara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan latihan tembakan  persenjataan yang bersifat strategik seperti misil KH31A (anti kapal) dan misil jenis KH31P (Anti Radiasi).

Dalam konteks ketenteraan yang melibatkan Singapura, Filiphina, Indonesia dan Brunei, ini merupakan kali pertama dalam sejarah yang mana inventori negara-negara ini didominasi oleh  misil anti kapal jenis Exocet dan Harpoon, pelancaran KH31A menarik minat negara-negara tersebut.

Malaysia perlu melaburkan bajet yang besar untuk aset ketenteraannya kerana kebanyakkan misil anti kapal super sonik dibawa oleh kapal-kapal perang, setiap satu harga misil KH31A adalah dalam lingkungan USD500,000.

Suka saya mendengar bahawa Tentera Laut Di Raja Malaysia telah mendaftarkan 36 projek yang bernilai RM10.8 billion untuk Rancangan Malaysia ke 11(RMK11) bagi mengantikan helikopter yang rosak,bot dan penggantian missile dan torpedo baru sempena tahun baru ini.

Penembakan misil anti radiasi, yang pertama di rantau ini turut mencipta sejarah, kehadiran rantau anti radiasi yang mampu memusnahkan rangkaian sistem pengesan radar dan pesawat amaran awal musuh serta jaringan peperangan elektronik (EW) merupakan sesuatu yang baru dan pembeliannya oleh TUDM terletak di luar jangkaan kebanyakkan komuniti pertahanan di Asia Tenggara.

Kerjasama ketenteraan dengan negara Islam juga amat penting kerana aspek ketenteraan mereka sudah pasti berbeza dengan ketenteraan negara-negara lain,ini amat penting kerana kita berpeluang memahami dan menyesuaikan cara ketenteraan yang berbeza bergantung kepada situasi.

Semoga Malaysia akan menjalinkan kerjasama ketenteraan yang lebih kuat dengan Russia dan China..

Adakah anda percaya apa yang saya katakan?
Kongsikan dengan keluarga,rakan-rakan anda jika anda percaya apa yang saya tulis..

Sumber:
- Anom
- Anom
- Anom

Artikel lain:

TEKNO CRAZEE || A place where we expose the political,economic and social issues
-Ini adalah artikel kedua tahun baru ini.Blog ini masih dalam proses pengubahsuain daripada blog sebelum ini.Terima kasih kerana membaca kerana blog ini hanya bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang apa yang berlaku di dunia sekarang..Kongsikan dengan keluarga,rakan-rakan anda jika anda percaya apa yang saya tulis..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis