Isnin, 19 Ogos 2013

Telefon Pintar Baru Dengan Ciri Keselamatan Baru



Telefon pintar sekarang dilengkapi ciri keselamatan seperti corak,PIN dan kata laluan.Ciri keselamatan ini biasanya dilengkapi pada peranti Android dan juga peranti sistem operasi yang lain.Pernahkah anda terfikir apa yang akan berlaku jika telefon pintar anda hilang atau lebih teruk,dicuri?Kita kini lebih terhubung dengan peranti kita berbanding orang di sekeliling kita.Adakah anda yakin ciri keselamatan sedia ada mampu melindungi maklumat peribadi dalam telefon pintar anda.Kebanyakan daripada kita menyimpan maklumat sensitif termasuk maklumat kewangan dalam telefon pintar kerana ianya lebih mudah diakses apabila diperlukan tetapi ini juga menyebabkan telefon pintar kita lebih terdedah kepada bahaya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Kerisauan ini timbul kerana ciri keselamatan yang ada masih mempunyai kelemahan.Seperti yang kita semua tahu,tiada apa yang 100% selamat.Bayangkan jika telefon pintar kita dicuri,dengan mudah kata laluan yang ditetapkan dalam peranti telefon pintar kita dipecahkan lebih-lebih lagi apabila menggunakan kata laluan yang lemah.Kecanggihan teknologi dan juga penggodam sekarang membolehkan mereka melepasi 'bypass' unlock screen dengan beberapa triks.

Diharapkan ciri keselamatan baru dapat memberikan pengukuhan terhadap keselamatan telefon pintar yang seolah-olah menjadi nyawa kepada kita,mudah dibawa ke mana-mana dan memudahkan kehidupan kita.

Antara ciri keselamatan baru tersebut ialah 'multi-factor authentication' yang melibatkan penggunaan peranti atau perkakasan kedua dalam mengesahkan identiti.Seterusnya ialah 'biometric' yang melibatkan interaksi pengguna.Penggunaan ciri keselamatan baru ini diberitakan akan diperkenalkan dalam peranti iOS Apple yang baru nanti.Buat masa ini,ciri keselamatan baru ini belum lagi diperkenalkan jadi penggunaanPINs adalah yang terbaik buat masa ini.

Ikuti saya di Google+ dan laman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.Stay Secure..

You Might Also Like:

Sabtu, 10 Ogos 2013

Dengan Beberapa Klik,Kata Laluan Mudah Diakses Melalui Chrome

Agak pelik bukan?Google adalah syarikat yang sememangnya mementingkan keselamatan tetapi dalam hal ini,mereka tidak kisah untuk menerangkan secara terperinci,menolak sebarang cadangan bahawa ianya adalah kelemahan sekuriti.Ini bukanlah isu yang baru.

Ciri yang dipersoalkan ini terdapat dalam Chrome apabila pengguna memilih Settings/Show Advanced Settings/Password and forms/Manage saved passwords.

Apabila anda sampai ke bahagian tersebut,anda boleh lihat Chrome menyenaraikan kata laluan yang anda simpan dalam bentuk yang asas.

Tiada 'master password,tiada keselamatan,malah tiada pemberitahuan kepada pengguna bahawa kata laluan dalam bentuk yang nyata.

Mungkin kita hanya perlu menggunakan 'pasdword manager' dan kita perlu beranggapan bahawa mana-mana komputer akan menjadi tidak selamat apabila ada sesiapa yang mempunyai akses fizikal terhadapnya.
Mungkin,tetapi isu ini tetap penting kerana orang yang tidak mempunyai pengetahuan akan terikut dengan membiarkan pelayar web menyimpan kata laluan untuknya.Masih belum jelas bagaimana sekuriti Google berjalan.

Pengguna bukannya pembangun.Mereka tidak tahu bagaimana ia beroperasi.Mereka tidak menjangkakan sebegini mudah untuk melihat kata laluan mereka.

Berbeza sedikit daripada Chrome,Firefox menawarkan penggunanya untuk menetapkan 'master password' tetapi berapa ramai yang menetapkannya.

Sudah tiba masanya Google lihat kembali ciri keselamatannya dan dengar cakap pengguna walaupun daripada pengguna biasa.

Sumber:Elliot Kember,Pembangun Design and Development Studio Riot

Ikuti saya di Google+ atau laman Facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.
Stay Secure..

You Might Also Like:

Ahad, 4 Ogos 2013

Sailfish OS:Pesaing Baru Android dan iPhone

Alternatif Sebenar:Lain Daripada Lain


Ini lah sebenarnya visi syarikat Jolla dengan kerjasama Projek Mer dan disokong oleh Sailfish Alliance iaitu untuk mewujudkan sebuah persekitaran baru yang moden dan bergerak sendiri untuk sistem operasi mudah alih.Persekitaran ini membolehkan wujudnya lebih persaingan dan inovasi terbuka tanpa didominasi oleh pemain tunggal industri telefon pintar.Ini akan mewujudkan lebih banyak persaingan antara pembangun,penjual,pencipta perkakasan dan pembangun aplikasi.

Sailfish OS adalah terbuka,mesra dan dicipta oleh pasukan yang mempunyai rekod kredibiliti yang tinggi,kini bekerja dengan Jolla Ltd.

Sistem operasi ini adalah berasaskan kernel Linux dan Projek Mer.Tambahan lagi,antaramuka penggunanya hanya sebahagian atau keseluruhannya sumber tertutup dibangunkan oleh Jolla Ltd.Ini lah yang membezakan telefon pintar Jolla dengan telefon pintar yang lain kerana ianya dibangunkan untuk memberikan saingan terhadap Google Android dan Apple iOS.

Teknologi

Aplikasi yang dibangunkan dalam Sailfish OS menggunakan aplikasi Qt dan bahasa QML.Penggunaan bahasa aturcara ini membolehkan aplikasi yang dibangunkan boleh disentuh(touch enabled),penuh dengan animasi(animated) dan ringan.

Aplikasi Android masih boleh dijalankan melalui sumber pihak ketiga.Adaptasi ini adalah hasil penggunaan teknologi Qt5 dan Wayland.

Pembangunan aplikasi untuk Sailfish OS kini boleh dilakukan dengan memuat turun Sailfish Silica daripada laman web Sailfish OS.

Seni Bina

Sailfish OS adalah bukti warisan teknologi MeeGo.Teras sistem operasi ini adalah daripada Projek Mer.

Server Jolla bukan terletak di Amerika,jadi ianya tidak tertakluk pada PRISM dan undang-undang Amerika Syarikat seperti mana Google,Apple,Windows.Ini memberikannya kelebihan ke atas pesaingnya.

Projek MeeGo atau Mer ini adalah projek pembangunan sistem operasi mudah alih berasaskan Linux daripada syarikat telekomunikasi Nokia dan The Linux Foundation sebelum dibubarkan untuk membangunkan Tizen OS dan Jolla Ltd membangunkan Sailfish OS.

Perkakasan

Peranti yang telah menggunakan Sailfish OS:


Acer Iconia tab W500
O2 Joggler
Exopc
HP Mini 
PackardBell Buttefly Touch 
Nokia N950 and Nokia N9 - 
Google Nexus 7

Hands-On Demo Jolla Sailfish OS Smartphone        






OSAlt Open Source Review by +Nixie Pixel 


Hebat bukan sistem operasi terbaru daripada Jolla Ltd ini,saya pun teringin ingin mendapatkannya tetapi ianya belum berada di pasaran Malaysia dan ia juga baru akan dipasarkan pada hujung tahun ini.Diharapkan anda suka dengan post saya kali ini,ikuti saya di Google+ supaya anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.; ) Berikan reaksi anda,komen atau kongsikannya dengan rakan-rakan anda yang lain,saya amat menghargainya.

You Might Also Like:


Sabtu, 3 Ogos 2013

5 Tips Menggunakan Komputer Awam

Komputer awam di perpustakaan,kafe siber atau kedai kopi boleh menjadi lebih selamat jika anda mengikut beberapa peraturan mudah apabila menggunakannya.

1.Jangan Simpan Maklumat Log Masuk

Sentiasa log keluar daripada laman web yang anda gunakan apabila anda sudah selesai menggunakannya.Menutup pelayar web atau sekadar menulis alamat laman web lain tidak akan memberi jaminan kepada anda bahawa anda benar-benar sudah keluar daripada laman web itu kerana kebanyakan program terutamanya laman sosial,e-mel mempunyai ciri log masuk automatik yang menyimpan nama pengguna dan kata laluan.Pastikan anda menyahaktifkannya.

2.Jangan Tinggalkan Komputer Dengan Maklumat Sensitif Di Skrin

Jika anda terpaksa tinggalkan komputer sementara,pastikan anda log keluar daripada semua program yang anda sedang guna dan tutup tetingkap pelayar web yang memaparkan maklumat sensitif anda.

3.Padam Jejak Anda

Gunakan 'InPrivate Browsing' jika anda menggunakan Internet Explorer atau 'Incognito Mode' jika anda menggunakan Google Chrome supaya pelayaran web tidak meninggalkan sebarang jejak aktiviti web anda.

Padam fail Internet sementara'Temporary Internet Files' setelah selesai menggunakan komputer awam.

4.Berwaspada Dengan Pengintai Di Sebelah Anda

Apabila anda menggunakan komputer awam,berhati-hati dengan orang di sekeliling anda yang mungkin memerhatikan anda ketika anda menulis kata laluan sensitif anda.

5.Jangan Masukkan Maklumat Sensitif Di Komputer Awam

Anda perlu ingat pencuri tahap industri mungkin telah memasang perisian yang canggih ke dalam komputer awam yang boleh merekod apa yang anda taip terutamanya kata laluan dan e-mel.Maklumat tersebut akan dihantar kembali kepada pencuri tersebut.

Tidak kisah lah jika anda menggunakan 'InPrivate Browsing' sekalipun atau anda telah menghapuskan segala jejak anda setelah selesai menggunakan komputer awam kerana pencuri tersebut sudah pun dapat apa yang ia mahukan.

Jika anda mahu benar-benar selamat,elakkan daripada menaip nombor kad kredit atau apa-apa sahaja maklumat kewangan yang lain dan maklumat sensitif yang lain ke dalam mana-mana komputer awam.

Ikuti saya di Google+ atau laman facebook TEKNO Crazee untuk memastikan anda tidak terlepas post terbaru daripada saya.That's all,Stay Secure..

You Might Also Like:


Ahad, 28 Julai 2013

Cara Selamat Guna Wi-Fi

Kita sememangnya tidak dapat mengelak daripada terpaksa menggunakan Wi-Fi awam ketika berjauhan daripada rumah,atau untuk mengurangkan kos.
Semakin hari semakin banyak restoran atau tempat awam yang menyediakan Wi-Fi percuma.Tetapi anda harus ingat,bukan semuanya ada perlindungan privasi yang selamat.

1.MOD KONGSI

Tanpa kita sedari,kita mungkin mengaktifkan mod kongsi pada komputer atau gajet.Mod ini membolehkan orang lain yang menggunakan Wi-Fi tersebut menggodam komputer atau gajet anda.Bagi pengguna Windows,semuanya boleh dilakukan di Action Center.

2.GUNAKAN VPN

Apa itu VPN?VPN adalah singkatan kepada 'Virtual Private Network' yang bertindak seperti Intranet,memberikan anda privasi seperti jaringan peribadi biarpun anda sedang menikmati kebebasan menggunakan Wi-Fi awam.

3.CIRI AUTOMATIK

Anda mungkin secara tidak sedar terhubung komputer atau gajet anda ke mana-mana hotspot Wi-Fi yang tersedia.Ini adalah sangat berbahaya kerana pengguna yang berkemahiran berniat jahat boleh mengambil data-data peribadi anda.Cara penyelesaiannya,tutup Wi-Fi anda apabila tidak digunakan.Selalunya pengguna telefon pintar gagal menutup WiFi atau Bluetooth apabila tidak digunakan.

4.NAMA JARINGAN

Kadangkala apabila anda mahu menyambungkan komputer atau gajet anda ke Wi-Fi awam,terdapat pelbagai jenis nama rangkaian.Penggodam sengaja mencipta jaringan Wi-Fi palsu sekaligus meletakkan gajet anda dalam bahaya jika anda 'connect' padanya.
Sebagai contohnya,KFC tidak akan menggunakan nama 'Free KFC Wi-Fi'.Eloklah bertanya pemilik atau pekerjanya untuk kepastian.

5.KATA LALUAN

Gunakan kata laluan yang berbeza atau unik untuk setiap akaun.Ini dapat membantu apabila salah satu akaun anda ada gangguan.

6.FIREWALL

Ciri ini mengawal keluar masuk sambungan Internet untuk memastikan keselamatan komputer anda.Periksa status 'Firewall' di Control Panel.

7.IMBAS VIRUS

Imbas komputer anda dengan antivirus yang dikemaskini sekiranya ada gangguan pada sistem anda akibat terhubung ke suatu jaringan yang tidak selamat.
Harap tips ini dapat membantu anda mengamalkan cara yang lebih selamat apabila ingin menghubungkan komputer atau gajet ke WiFi awam.Jangan biarkan data peribadi anda terlepas ke tangan orang lain.
Ikuti saya di Google+ untuk perkembangan post terbaru daripada saya.Berikan reaksi atau komen jika anda suka artikel ini.Stay Secure..

You Might Also Like:



Rabu, 24 Julai 2013

Kelemahan Kata Laluan Telefon Pintar Anda

Semuanya kelihatan mudah dengan telefon pintar.Anda membuka aplikasi laman sosial dengan satu sentuhan,gambar-gambar anda juga sangat mudah diakses,begitu juga dengan dokumen-dokumen penting anda di ruang simpanan awan anda.Tidak terlepas juga emel,contact dan juga akaun dalam talian yang lain yang sedia diakses dengan satu sentuhan sahaja.

Pernahkah anda tertinggal telefon pintar anda di atas meja di kedai kopi misalnya ketika anda bergegas ke bilik air?Atau terlupa anda meletaknya di mana-mana?Fikirkan terhadap potensi risiko tersebut,jika telefon pintar anda jatuh ke tangan yang salah.Ambil 10 saat fikirkan tentangnya.Kemudian barulah anda teruskan membaca..

Menakutkan bukan?Semua emel,contact dan juga gambar-gambar peribadi anda berada dalam tangan orang yang tidak diketahui.Dengan akses yang sangat mudah dengan satu sentuhan,begitu lah juga jika ianya berada di tangan orang lain.Kelemahan kata laluan telefon pintar anda adalah sangat tinggi.

Tujuan cerita ini bukanlah untuk menakutkan anda,tetapi supaya anda mengambil tindakan.

Kemahuan untuk kekal log masuk melalui aplikasi di telefon pintar adalah kuat.Kadang-kadang kita gagal untuk log keluar daripada aplikasi yang ada di dalam telefon pintar terutamanya aplikasi laman sosial disebabkan kita mahu cepat atau tidak mahu bersusah payah untuk mengisi kata laluan untuk log masuk lebih-lebih lagi apabila anda ingin segera memuat naik gambar yang anda baru sahaja ambil ke laman sosial.Tetapi sesiapa yang menderita akibat maklumat peribadi mereka terdedah daripada peranti yang hilang atau dicuri pasti akan berharap mereka meluangkan sedikit masa mengukuhkan keselamatan peranti mereka.

Bayangkan jika telefon pintar atau tablet kesayangan anda hilang,jadi sesiapa sahaja yang memilikinya mungkin mempunyai akses ke semua akaun laman sosial anda,dan jika cukup pantas mereka boleh menukar kata laluannya menyebabkan amat susah untuk anda mengembalikan akaun laman sosial anda.

Mereka juga pasti mempunyai akses terhadap aplikasi emel di dalam telefon pintar dan mereka boleh mengesahkan penukaran kata laluan melalui emel yang mereka terima apabila menukar kata laluan akaun laman sosial anda.

Jika anda menerima emel pengesahan kata laluan baru di peranti yang lain jika ada,anda mungkin boleh mengambil tindakan sepatutnya tetapi mungkin mereka sudah pun melakukan kerosakan dan itu pun kalau anda mempunyai peranti lain.

Dengan semua maklumat peribadi di simpan di dalam telefon dan juga melalui emel,memang mempunyai kemungkinan yang benar bahawa identiti anda mungkin dicuri dan digunakan untuk pelbagai tujuan.Telefon pintar kini menjadi semakin pintar menyebabkan mereka menjadi peranti penyimpan segala apa yang sudah dilog masuk.

Sangat tidak praktikal apabila dilihat,tetapi sebenarnya satu-satunya cara untuk memastikan aplikasi anda tidak terdedah ialah dengan melog keluar daripada semua aplikasi yang anda telah selesai gunakan.

Seperti biasa,barisan pertama pertahanan adalah menggunakan kata laluan untuk melindungi peranti anda.Pastikan ianya dilancarkan selepas sedikit kenyahaktifan.

Walau apapun cara yang anda gunakan untuk melindungi peranti anda,memang banyak yang akan dikesalkan jika ianya jatuh di tangan orang yang salah,jadi gunakan lah seberapa banyak perlindungan yang mungkin.

Sumber: Norton

Ikuti saya di Google+ untuk menerima perkembangan terbaru post daripada saya.

That's all,Stay Secure..

You Might Also Like:





Selasa, 23 Julai 2013

Ciri Keselamatan Windows 8

Sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini menawarkan beberapa ciri keselamatan terbaru yang menjadikan sistem operasi ini lebih selamat berbanding sistem operasi terdahulu yang pernah dicipta oleh Microsoft.Antara ciri keselamatan terbaru daripada Microsoft ini ialah:

  • Windows Update Mengemaskini PC anda secara automatik
Windows Update akan mengemaskini komputer anda sebaik sahaja kemaskini terbaru muncul tetapi sudah tentulah ianya memerlukan talian Internet.Anda tidak perlu lagi bersusah payah memasang kemaskini terbaru jika Microsoft mengumumkan terdapat kemaskini terbaru atau disebabkan kelembaban Windows 7 mengemaskini PC anda walaupun anda telah hidupkan untuk menerima kemaskini terbaru secara automatik.

  • Perlindungan Antivirus kini dilengkapkan sekali
Dalam Windows 8,Windows Defender dilengkapkan sekali menggantikan Microsoft Security Essentials.Windows Defender di dalam Windows 8 berbeza dengan yang ada dalam Windows 7.Jika komputer anda tidak berfungsi dengan sepatutnya,ambil lah masa anda untuk mengesan virus dengan perisian keselamatan yang sudah terbina ini.

  • Elakkan Penipuan Dengan Penapis Phishing
Windows SmartScreen adalah ciri terbaru yang boleh melindungi anda daripada penipuan phishing dan juga perisian berniat jahat yang lain yang belum lagi dikesan perisian sekuriti anda.Ia akan memberi amaran kepada anda jika ia tidak dapat mengenalpasti sesuatu perisian atau aplikasi yang tidak diketahui.



Di sebalik kritikan yang diterima ke atas persekitaran baru yang ditawarkan oleh sistem operasi generasi kedua daripada Microsoft ini yang sering menimbulkan masalah,penawaran daripada segi keselamatan ini menjadikan sistem operasi ini lebih selamat berbanding sistem operasi sebelum ini.

Sharethis