Rabu, 8 Mei 2013

Bagaimana Mencipta Kata Laluan Yang Kuat Dan Mudah Diingati

Dalam post kali ini saya hendak berkongsi dengan anda semua tentang bagaimana mencipta kata laluan yang kuat,panjang dan mempunyai pelbagai karakter di dalamnya tetapi mudah dicipta dan diingati.

Keynote:
  • Jangan memilih perkataan yang ada dalam kamus,pasukan kegemaran anda,tarikh lahir anda dan lain-lain maklumat peribadi anda
  • Gunakan kata laluan yang dicipta melalui kombinasi huruf kecil,huruf besar,simbol,nombor dan karakter yang lucu ; )
  • Buat satu ayat yang mengandungi 5-6 perkataan di dalamnya yang anda suka atau anda rasa lucu,dan ambil huruf di depan setiap perkataan tersebut untuk dijadikan kata laluan.Bagaimana dengan simbol dan karakter lain pula?Okay..sebagai contohnya dalam ayat tersebut,ada perkataan and atau dan,anda boleh gantikannya dengan &..mudahkan.Begitu juga dengan perkataan yang sesuai dengan simbol yang lain.Untuk lebih memahami,lihat lah video yang telah disediakan oleh firma keselamatan Sophos ini..
  • Bagaimana untuk membuat kata laluan tersebut lebih susah untuk di crack?Anda boleh menukarkan sesetengah huruf yang ada tersebut dalam huruf kecil atau huruf besar.
  • Kata laluan yang susah untuk di crack tidak akan bermakna dan menjadi sia-sia jika anda menggunakannya untuk laman web yang banyak.
  • Satu kata laluan untuk satu laman web
  • Banyak bukan dan pasti susah untuk diingati,jadi saya cadangkan anda menggunakan password manager untuk menyimpan kata laluan yang susah untuk di crack anda yang banyak tersebut dan set kan master password yang kuat untuk password manager anda.Jadi,anda hanya perlu ingat master password itu sahaja selepas ini..





Jika anda suka artikel ini,berikan la reaksi anda di bawah,saya amat menghargainya atau jika anda ada sebarang komen,bolehlah tulis di ruang ulasan di bawah.

Ikuti saya di Google+ atau melalui halaman facebook TEKNO Crazee supaya anda tidak ketinggalan jika saya ada post terbaru di blog saya ini..

That's all,Stay Secure...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis