Sabtu, 25 Mei 2013

App Review:4K Video Downloader

Aplikasi yang saya akan tinjau kali ini adalah antara aplikasi terbaik untuk memuat turun video Youtube dari OpenMedia LLC ini. +4K Download

Aplikasi ini adalah cross platform,sumber terbuka dan sudah tentunya percuma.Tersedia untuk Windows,Linux dan Mac Os.Ini adalah aplikasi paling popular daripada syarikat aplikasi sumber terbuka ini.Antara cirinya ialah ia membenarkan anda memuat turun video,audio dan juga sari kata dari Youtube,Facebook dan Vimeo.Ianya percuma,milik anda selamanya.

Aplikasi ini bergantung kepada sumbangan derma daripada komunitinya untuk menghasilkan versi baru yang mempunyai lebih banyak fungsi dan juga iklan dari laman webnya.

Saya sarankan anda mencuba aplikasi ini kerana ianya lain daripada yang lain,mudah dan direka bukan untuk membahayakan komputer anda dengan adware,spyware atau malware seperti aplikai pemuat turun video yang lain..Ini lah aplikasi yang dihasilkan hasil daripada sumbangan derma.Cubanya dan gantikan sahaja aplikasi memuat turun video yang anda ada sekarang dengan yang ini..

Muat turunnya di laman web penyedia aplikasi terbesar dunia ini -klik link di bawah

Jika anda suka aplikasi ini,jika anda tidak mempunyai peluang untuk menyumbang derma untuk pembangunan aplikasi ini,jangan risau..anda boleh menyumbang dengan menyebarkannya kepada rakan-rakan anda yang lain di twitter,facebook terutamanya.Ianya sudah cukup bagus buat syarikat pembangun aplikasi ini sebagai tanda penghargaan.

Tunggu apa lagi,saya sudah pun menggunakannya,anda bila lagi..







Jika anda suka artikel ini,berikan lah reaksi dan komen anda di bawah,saya amat menghargainya..atau kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda di facebook dan twitter.Ikuti perkembangan blog saya dengan menambah saya ke circles anda di Google+ dan halaman facebook TEKNO Crazee untuk lebih banyak berita tech.

Olla,enjoy this app..; )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis