Ahad, 12 Mei 2013

55% Pengguna Internet Menggunakan Kata Laluan Sama Untuk,Mungkin Tidak Semua,Laman Web.Bilakah Mereka Akan Belajar?

Satu kajian daripada sebuah syarikat pemerhati komunikasi daripada UK telah merungkaikan sebahagian statistik yang menunjukkan bagaimana teruknya masyarakat umum melayan keselamatan kata laluan mereka.

Kenapa ianya penting sangat?Sebab ianya penting,bayangkan anda adalah ahli kepada laman web X,Y dan Z-dan anda menggunakan kata laluan yang sama untuk laman web tersebut.Jika X menghadapi kebocoran data dan pangkalan data kata laluan mereka diakses,sesuatu yang bukan jarang-jarang lagi berlaku sekarang..ataupun penggodam berjaya mengetahui kata laluan untuk X,tidak kah Y dan Z juga akan terjejas..risiko yang sememangnya anda tidak patut ambil.Lebih teruk lagi jika laman web Y dan Z itu adalah laman web rangkaian sosial anda..

Jika itu tidak cukup menakutkan lagi,1/4 mengatakan mereka menggunakan kata laluan yang mudah diingati seperti tarikh lahir atau nama orang yang dikenali sekaligus membuka pintu kepada akaun dalam talian mereka digodam oleh penjenayah siber.

Ia sememangnya amat merisaukan melihat ramai orang membuatkan hidup sungguh mudah buat penjenayah siber dan pencuri identiti apabila ia sememangnya amat mudah untuk mencipta kata laluan yang kuat sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Dalam post sebelum ini,saya sudah tunjukkan video daripada vendor antivirus Sophos tentang bagaimana mencipta kata laluan yang sukar untuk dipecahkan tetapi mudah diingati.Anda mungkin fikir ianya susah untuk mengingati kesemua kata laluan yang sukar dipecahkan itu dengan laman web yang banyak..tetapi password manager kan ada.Cuma pastikan master password untuk kata laluan password manager tersebut cukup kuat..itu sahaja,anda pasti tidak mahu kehilangan kesemua kata laluan tersebut jika master password tidak kuat,ianya akan menjadi sia-sia sahaja ; )

Jika anda tidak menjumpai post berkaitan video tersebut..anda boleh pergi ke ruang Tags di bawah sekali dan klik sahaja tags password atau sophos,anda pasti menjumpainya.

Setakat ini dulu,harap selepas ini anda akan lebih menghargai kata laluan anda..: )

Take care out on the net n fix your password today

Jika anda suka artikel ini,berikan reaksi anda di bawah,saya amat menghargainya atau berikan komen anda jika anda ada..di ruang ulasan.

Ikuti saya di Google+ dan halaman facebook TEKNO Crazee untuk mengikuti perkembangan post terbaru di blog saya ini dan untuk lebih banyak berita tentang dunia teknologi komputer..

You Might Also Like:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sharethis